Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 24 Januari 2012

Pembunuhan kejam warga emas (rakan karib nenek dan merangkap jiran sy)

seorang warga emas atau lebih dikenali sebagai "Mak cik Jah" ditemui mati dibunuh dengan kejam
dirumahnya di Perumahan Wakaf Tengah, k.trg. Arwah yang telah kematian suami 3thun yang lalu ditemui maut dengan lehernya di jerut... difahamkan arwah tinggal seorang diri dirumah peninggalan
arwah suaminya. disebabkan anak-anak arwah sudah berumahtangga ,arwah lebih senang duduk di rumah sendiri. arwah yang saya kenal seorang yang baik, bercakap lemah lembut,suka senyum dan tidak menyusahkan orang lain.selama mengenali arwah kerana dia rakan arib nenek yang paling rapat,arwah sering menceritakan kesedihan dia akibat anak-anaknya tidak mengambil tahu kehidupannya.hanya anak perempuan yg telah berkeluarga sahaja mengambil berat tapi apa kan daya, anaknya yang perempuan tinggal di johor.
sudah puas dipujuk agar tinggal bersama anaknya yang perempuan tapi arwah berkeras untuk tinggal seorang diri dirumah.
Saban hari arwah menjalani kehidupannya tanpa mengharapkan bantuan dari anak lelakinya yang sulung.
Lia tahu betapa terlukanya hati seorang ibu apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tidak mempedulikannya.sedangkan seorang ibu boleh menjaga ramai anak tapi kenapa ibu seorang,anak-anak tak boleh jaga?lupa kah anda semua pada pengorbanan ibu,lupakah pada kasih sayang yang dia berikan? atau lupakah atas kesusahan dia membesarkan anda? kejamnya anda!!!
orang yang bukan darah daging arwah sentiasa mengambil berat tahap kesihatan arwah dan sebagainya..
Ya Allah ,besarnya kesalahan anda pada ibu anda semasa dia masih hidup....... setiap titis airmata mengalir melambangkan anda anak derhaka! ya allah, sedarlah.. sampai akhir hayatnya tidak sedikit pon anda curahkan kasih sayang padanya. walaupun anda telah melakukan ibadat banyak sekalipun, belum tentu ibadat anda diterima sebab 'syurga terletak dikaki ibu"... anak yang derhaka belum tentu bau syurga apatah lagi jejak ke dalam syurga...

Tanggal 22-1-2012
pada pukul 7.30,seorang saudara lia telah membawa khabar yang kami sekeluarga tak sangka-sangka bahawa arwah Mak Cik Jah telah meninggal dunia dalam keadaan yang sungguh ngeri....
lehernya dijerut..kepala keluar darah..ya allah,dasyat nya kematian arwah, kejamnya kamo wahai pembunuh!
tanpa belas ehsan kamo membunuh seorang warga emas yang tidak berdosa... lia sekeluarga pergi ke rumah arwah tetapi tidak dibenarkan masuk kerana unit forensik tengah menyiasat kes tersebut dan mengumpul bukti.
pukul 10pm,pihak p0lis telah membawa arwah ke unit forensik di Hospital Sultanah nur zahirah k.trg untuk dibedah siasat. Selepas dibedah siasat,pihak keluarga arwah iaitu anak sulung arwah menyuruh pihak hospital memandikan dan mengapan arwah...selepas siap kesemuanya pada pukul 3 pagi,pihak polis membawa jenazah arwah pulang ke rumahnya untuk seketika kerana menunggu ketibaan anak perempuan arwah.selepas membuat penghormat terakhir untuk ibunya. pada pukul 4pagi, arwah dibawa ke tanah perkuburan dan disemandikan disana disisi suami tercinta.
Selepas itu, Lia mendengar khabar bahawa anak lelaki arwah menutup kes pembunuhan tersebut. lia cuba mendapat kepastian tetapi hampa. lia tertanya kenapa mesti tutup kes tersebut?? tak nak tahu ke sapa pembunuhnya? semua tu masih menjadi tanda tanya kami sekeluarga.
Lia doakan semoga arwah tenang disana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan