Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 30 November 2011

Sebuah Penderitaan

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu, tak siapa pinta
ujian bertamu...

Bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang mempunyai berbagai tafsiran....

Segala takdir terimalah dengan hati terbuka
walau tersiksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
setiap kali ujian menjelma
itu jelas membuktikan
Allah mengasihi setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
segala ujian diberi

bersyukurlah selalu....

Hilangya........

hilangnya siang diganti dengan malam
hilangnya duka diganti dengan suka
hilangnya badai diganti dengan ketenangan
hilangnya mendung diganti dengan pelangi
hilangnya orang tersayang,doa menjadi pengganti
kehilangan mengajar kita erti rindu
kehilangan mengajar kita erti menghargai
kehilangan mengajar kita erti hidup
kehilangan mengajar kita erti ketabahan
kehilangan mengajar kita erti kekeluargaan
kehilangan mengajar kita erti sebenar kasih sayang
kehilangan mengajar kita erti cinta sejati
cinta sejati kepada insan yang kita sayang
kehilangan mengajar kita bahawa tiada benda didunia ini yang kekal melainkan ALLAH SWT
hargailah apa yang ada sementara masa ada waktu
jangan menyesal pabila sudah terlambat
tidak ada gunanya menyesal di kemudian hari
kerana yang hilang tetap tidak akan muncul kembali

Maafkan saya....

Jika aku menyakiti hatimu, bukan niatku menyakitimu,
bukan niatku melukakanmu, aku mohon maafkan aku..

Maafkan saya atas kekasaran, keegoan saya. Maafkan saya jika tindakan saya mencalar hati sesiapa. Saya sedih sebab saya tak dapat kawal emosi saya. Saya jadi begini sebab saya tak mahu sesiapa risau atau simpati dengan keadaan saya. 

Saya lebih selesa "hidup" jika tiada mata yang memerhati...Saya boleh berdiri sendiri, saya pasti. Berikan saya masa untuk menempuh semua ini. Dont worry, saya akan okay saja kat sini. Dont worry, saya akan terus bernafas. Dont worry, saya akan terus berdoa. Dont worry, saya takkan berharap lagi. Harap tolong fahami...

Maafkan saya. 

Kalau ia sekadar hadir untuk menambah duka, lebih baik ia tak pernah hadir.

Selasa, 22 November 2011

D0a sebuah keinsafan


Ya TuHaN
limpahilh hatiku dengan belas kasih MU...
Baik pada waktu siang dan malam mahupun pada saat pagi dan petang silih berganti...
Tidak terlewat dalam hatiku, waktu ak tidur atau terjaga ,kecuali mengingati namamu antara Nyawa dan nafsuku.....
Engkau telah masukkan ke dalam hatiku sebuah gagasan bahawa Engkau Maha Suci ....
Telah banyak Dosa yang ak perbuat dan Engkau Mengetahuinya..namun...
pada saat Petang menjelang dan pagi itu datang ,ak masih juga membuat dosa ...
Pimpinlah aku ke Jalan yang telah ditempuh oleh hamba-hamba MU yang Soleh, dan jangan sesatkan ak dalam mengikuti jejak agama MU
Bimbinglah ak di dunia ini ,dan di akhirat kelak , serta Cerahkanlah wajahku pada saat orang-orang bermuka masam ....
Aku melihatMU pada saat penciptaanku yang penuh dengan anugerah..
Engkaulah Sumber satu- satunya pada saat Penciptaan nku ....
Hindarkan ak daripada anugerah yang buruk...kerana sepotong Kehidupan telah cukup bagiku hingga Tiba saat Engkau Mematikan ku.....
Amin....

Ya Allah berikan Kekuatan dan Ketabahan kepada hambamu
Kuatkan Semangat Wan Nur Aishah dalam mengharungi cabaran hiDup ini Yang penuh Dengan cabaran dan dugaan...Semoga Hidup nya dberkati d dunia dan dkhirat....aminnn...

tHaNk you ALLAH.....

Apa bila difikirkan...............

Semalam, aku didatangi satu persoalan dari seorg sahabat... Soalan dari seorg sahabat yang bersedih memikirkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.. Masa depan bila setiap yang diimpikan tidak kesampaian.. Masa depan yang tidak pernah kita tau samada ia akan berakhir dengan tangisan kegembiraan ataupun tangisan kesedihan...

Ya... kita tidak akan pernah tau apa yang akan berlaku... Kita hanya boleh mengingati setiap perkara yang telah berlaku dan menikmati setiap saat yang kita jalani sekarang... Setiap detik yang sangat berharga di mana detik - detik ini tidak akan mampu kembali lagi pada masa akan datang...

Aku katakan pada dirinya kita hanya mampu berusaha untuk mencapai setiap yang kita impikan... Berusaha selagi boleh dan terus berusaha... Kita hanya mampu berdoa agar kita tidak tersilap percaturan dalam mengharungi hidup yang singkat ini....

Bila aku memikirkannya kembali hari ini, aku berkata pada diri sendiri samada aku juga mampu melaksanakan setiap kata - kataku kelmarin... Adakah aku juga mampu menjadi insan yang tabah? Tabah dalam mengharungi hidup yang ada pasang surutnya... Aku terfikir adakah aku seorang shbt yang baik? Aku memberikan semangat kepada seorang sahabat tetapi dlm masa yg sama aku juga perlu meminjam kekuatan itu daripada insan yang lain...

Ah.... jauhkanlah aku dari terpengaruh dengan bisikan dan godaan syaitan yang hanya ingin menyesatkan insan seperti aku... Aku yakin aku boleh melakukannya... Aku punya Allah SWT dalam hatiku... Aku punya keluarga kala susah dan senang... Aku juga punya teman di sisi... Mereka pendorong utamaku dalam mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini...

Aku gembira kerana sebuah senyuman mampu terukir di bibir sahabatku itu... Aku gembira apabila aku melihat sahabatku gembira... Itu sudah mencukupi untuk membolehkan aku terus bahagia... Ya... Akhirnya aku akui, dengan sebuah senyuman, aku mampu merawat segala kedukaan di hati...

P/S>>

Jangan menunggu datangnya kebahagiaan untuk mengukirkan sebuah senyuman tetapi, senyumlah dan kebahagiaan yang dicari selama ini pasti akan muncul dengan sendirinya..

saya terima takdir ilahi....

Dah lama arwah pegi..tapi still ternyiang-nyiang suara dia...pesanan dia,.."jaga diri baik2"..jangan lawan cakap mak..dgr ape mak cakap..cukup rindu saat dia call..dgr bebelan dia..dia sering jadi kawan... tempat menjadi pelindung....tempat berteduh..tempat meluahkan segalanya masalah...dan tempat menangis...

Sekian lama dia pergi...tanpa pesan...tanpa bicara...tanpa alasan...akhirnya...dia tinggalkan sy...liya tau...allah lebih sygkan awk..sbb tooo dia ambik nyawa awk..saat liya betul2 perlukan awk......tapi liya redha awk..

...Awk tau, time liya tau pemergian awk...air mata liya berderai2 macam air terjun....xtau la nape mata liya masa too...Awk mesti nampak keadaan liya masa too...sedih xterkata...

Nape awk tinggal liya macam too je?Patut la macam2 je petanda sebelum toooo....

Awk...sejak ketiadaan awk..liya terus jatuh...hidup liya kosong...kosong sgt...spe nak dgr rintihan liya...spe nak nasihat liya...spe nak tolong liya...spe nak membebel2 kat liya...

awk...arini...terlalu jauh...dan terlalu cepat masa berlalu...dh 1tahun awk pergi mengadap ilahi....

Tuhan lebih sygkan kamoo...liya redha awk.. redha dengan ujian itu...

Rasa baru smlm je an call liya...rasa smlm je awk bg pesanan untuk liya...rasa macam smlm je awk ckp dgn liya..

Time excidentt..nape kawan2 xbgthu keadaan awk tenat msa tu? Nape kawan-kawan awk xbgtau liya yg awk dah masuk hospital?
nape awk larang kawan- kawan awk bgtaw keadaan awk kat liya?

Tapi mungkin dah takdir awk...allah dah tentukan jalan begitu...liya redha...tapi berita pemergiaan awk...amat menyeksakan hati...6bulan awk...mata liya merah...seminggu liya xmakan...ari2 liya tunggu je msg awk...liya xpercaya awk pergi...hmmm...

awk....thanx kerana jadi pendengar yg baik..jadi penasihat yg profesional..jadi pembimbing yg sempurna..jadi kawan yg terlalu baik untuk sy slama ni...hope awk tenang disana dan ditempatkan digolongan orang-orang yg beriman amin,....

Ahad, 20 November 2011

Lepas Geramm!!!!

Ni  la sikap kebanyakan orang-orang kita..depan-depan punyalah baik pijak kuman pun tak mati..nak mati macam mana dah kuman tu kecik sangat..huhu..kalau bab-bab mengata orang,dialah champion..dasar mulut longkang..!!..hohoho..apa kau ingat kau tu bagus sangat?? Masing-masing punya cara hidup yang tersendiri,biarkanlah..yang kau sibuk-sibuk nak mengatur hidup orang tu pehal?? cerminlah dulu kehidupan sendiri tah betul ke tidak..
Hohoho..cuaca panas entri pun panas..bukan mengata pada sape-sape tapi ni entri umum ye..tak sebut pun nama sape-sape ni..perkara ni berlaku di sekeliling kita..cuba perhatikan kalau tak percaya..dan cuba tanya diri kita sendiri adakah selalu kita sibuk-sibuk jaga tepi kain orang sedangkan kain sendiri pun koyak rabak kita tak sedar..
Cuba-cuba la bersangka baik dengan orang..tak payah la nak berburuk sangka sedangkan kau sendiri pun tak tahu keadaan sebenarnya nak main cakap lepas je..tahap kesabaran orang ada jugak batasnya..jangan kau fikir apa yang keluar dari mulut puaka kau tu tak mengguris perasaan orang..banyak lawa muka kau..huhu..
Apa nak jadi ni..usia makin meningkat..tiap2 minggu p sembahyang..tapi apa benda yang kau dapat?? mengumpat orang?? mengeji saudara mara?? kesalahan orang lain bukan main cepat lagi mata kau nampak..tapi kesalahan kau sendiri ada kau ambik tahu?? dasarrrrr…..!!!!! tobat-tobat laaa…..ingat Tuhan sikit bila bercakap tu..jangan main sedap mulut kau je..jaga sikit perasaan orang..!!
Sekadar motivasi untuk muhasabah diri masing2.
Peace no war!!!