Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 18 Mei 2011

terima kasih kerana melukakan hati saya




Ya Allah...
Bersama hari-hari semalam penuh luka,
ku lalui hidup ini biar pun penuh luka dan sengsara,
Ya hari semalam telah mengenalkanku erti sebuah derita percintaan.
Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti sebuah kebahagiaan mencintai dan di cintai,
akhirnya memaksa aku menelan pahit getir perpisahan yang tak terduga.

Ya Rahim...  
Bukan ku pinta pertemuan.... 
jika akhirnya perpisahan yang mendatang.
Bukan ku rayu diriku di cintai jika akhirnya ku di tinggalkan.
Benarkah kata orang manis itu hanya di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika tidak di kotakan.
Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hati mu sedangkan kau hanya mahu mempermainkan perasaan ku?
Butakan cinta atau bersalahkah diriku terlalu mengharapkan untuk mengisi bunga-bunga cinta segenap ruang hati ku?
  

Ya Rabbana...
Ku tahu cinta bukannya paksaan,
hanya bercinta membuat hati kita merana tapi cinta kita bukannya paksaan.
Kita saling cinta mencintai namun hati ku merana jua.
Benar kata orang tua-tua cinta yang tidak di sirami dengan bunga-bunga kejujuran,keiklasan dan berakar umbi niat kerana Allah akan menemui kegagalan.
  
Adakah aku sahaja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai diri mu.... 
sedangkan kau sewenang-wenangnya membunuh segala keiklasan dan kejujuran dalam bercinta.

Jika sesungguhnya hatimu benar ada cinta untukku tapi mengapa hati ku di lukai?
Sedarkah engkau luka yang kau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk ku balutnya kembali.

Aku tak tahu adakah ku mampu untuk membalut luka yang amat dalam ini ku berserah hanya kepada-Nya.

Jika di hati mu hanya ada dendam untuk menyakiti hati insan seperti diriku padamkanlah ia kelak akan membakar jiwa mu jua kelak.
  
Siramilah api dendammu  dengan cinta seorang perempuan.
Sedarlah engkau sebelum engkau dilukai buat kali kedua kerna kepedihan dari kelukaan amat seksa sekali untuk kau menanggungnya.
Cukuplah sekali hati di lukai kerna jika kedua kali mambuatkan hati serik untuk bercinta lagi.
Kelukaan yang kau tinggalkan buat ku,
sesungguhnya telah mendewasakan ku.

Terima kasih atas kelukaan itu,
akan ku rawat ia walaupun amat sukar untuk ku melakukannya.
Doaku semoga terbuka hati mu untuk mencintai seseorang dengan keiklasan dan kejujuran yang hakiki anugerah Ilahi,walau pun kelak insan itu bukan lah aku......wassalam.

Selasa, 17 Mei 2011

TQ FOR ANYTHING

Terima kasih awk...
kerana awk telah hadir dalam hidup saya...memberikan saya peluang untuk merasai satu perasaan yg selama ini saya tak pernah sangka...kerana mengajar saya tentang hidup ini yang penuh dengan suka duka.

Terima kasih awk...
kerana awk telah mengetuk pintu hati saya...berdiri di depan pintu hati saya...melambai2 pada saya..tp akhirnya awk berlalu pergi tanpa masuk ke ruang hati saya...setelah pintunya saya buka..

Terima kasih awk...
kerana awk memberi saya peluang untuk merasai kepedihan perasaan bila diri ini tidak dapat menghuni ruang hati awk...setelah dalam diam awk berikan saya sedikit harapan.

Terima kasih awk...
kerana awk telah mengelirukan saya dengan sikap awk.. Awk melayan saya umpama saya ini kekasih awk. Awak bercakap soal rindu dan sayang pada saya...memanggil saya dengan panggilan manja..tp awk meminta saya supaya tidak meletakkan apa2 harapan pada awk...Awk tidak mahu memberikan saya apa2 harapan.. Jadi..untuk apakah diungkapkan kata2 manis itu...untuk apa semua yg telah awk katakan pada saya?? Atau..apakah sebenarnya yg awk harapkan dari saya??

Terima kasih awk...
kerana telah berterus terang dengan saya..bahawa awk tidak dapat menerima insan lain dalam hati awk setelah awk dikecewakan oleh gadis yg awk sayangi. Terima kasih kerana telah menyedarkan saya dari terus tersalah sangka dengan sikap dan layanan awk... Kini baru saya mengerti dengan semua yg telah awk lakukan pada saya... Saya bukanlah sapa2 pada awk.. Saya hanya teman untuk berbicara...tempat awk meluahkan rasa awk terhadap gadis yg awk cintai.. Awk bercakap soal rindu dan sayang pada saya..tp semua itu bukan untuk saya. Awk kata awk sayang saya..tp sebenarnya sayang itu untuk gadis yang telah mengecewakan awk..awk kata awk merindui saya..tapi rindu awk adalah untuk gadis itu..saya hanyalah bayang2 saja. Amat beruntung gadis itu..kerana dia masih disayangi dan dirindui oleh awk walaupun dia telah melukakan hati awk..

Terima kasih yg tak terhingga awk...
kerana awk telah menyedarkan saya..bahawa kita jauh berbeza..Saya tidak sepatutnya membiarkan diri saya hanyut dalam kekeliruan awk... Sebenarnya saya tidak akan mengharapkan apa2 pada awk seandainya awk tidak mulakannya dulu. Saya doakan awk bertemu dengan kebahagian yg awk cari..

Ahad, 8 Mei 2011

kenapa mesti dicurangi

awk,kenapa curang ngn sy??awk pernah rasa sakit dicurangi x??Bila hati awk sudah berbelah bagi, tiada makna lagi perasaan saya pada awk. awk menyakiti saya.

awk pernah buang saya jauh dari hidup awk. Saya ingat itu. awk melupakan diri saya saat kamu bahagia dengan orang lain. Saya ingat itu.

Awak sudah lupa. Sangat-sangat terlupa. Di waktu kesusahan melanda awk, siapa yang sering berada di belakang awk. Membantu sedaya upaya, memberi semangat tanpa pernah rasa jemu. awk lupa, siapa yang sering membantu awk di waktu awk berada di bawah. awk lupa segala pengorbanan masa, tenaga saya kepada awk. Kenapa awk lupa? Kerana awk tlah menemui yang lain. Dan segala pengorbanan saya lenyap begitu sahaja.

Saya tak pernah pinta awk membalasnya dalam bentuk yang sama. Tetapi cukuplah sekadar menjaga hubungan kita. Dan itulah pesanan saya kepada awk setiap kali. Tapi awk sudah lupa. Terlalu lupa. Kenapa? Kerana awk leka bersama dengan dia.

Di saat awk berada di atas, di saat awk berada di puncak, di saat awk merasai sedikit kesenangan..di saat itulah awk melupakan saya. Kenapa? Kerana awk memilih untuk berkongsi dengan dia..tetapi bukan saya.

Saya setia dengan awk, saya tidak pernah ada yang lain. Sehingga awk mencurangi saya, saya masih tetap setia dengan awk. Bodohkah saya? awk tergamak menduakan saya tanpa memikirkan kesetiaan saya, pengorbanan saya.

Awk berjanji untuk memilih saya. Bukan dia. Awk berjanji, tapi awk tidak tunaikan. Dan saya perlukan awk membuat pilihan. Tetapi awk tidak dapat membuat pilihan. Kenapa? Kerana awk tidak tahu membuat pilihan. Kerana awk tidak tahu apa yang awk mahu. Terlalu lama saya bersabar. Terlalu lama untuk memberi masa kepada awk membuat pilihan. awkmesti buat pilihan!! Namun, awk tetap tidak mampu melakukannya.

Dan jika awk tidak mampu buat pilihan, saya akan buat pilihan saya sendiri. Ya, saya pilih untuk mengalah dan undur diri. Bukan diri saya untuk berkongsi kasih. Bukan diri saya memperbodohkan diri menyesatkan hati dalam situasi ini. Awk hiduplah dengan jalan awk. Dan saya hidup dengan jalan saya.

Terlalu banyak awk berselindung. Terlalu banyak awk menipu diri sy.
Pesan sy pada awk - hiduplah dalam dunia yang nyata. Awk tidak akan pernah tenang selagi awk memilih jalan untuk menipu.
Pesan sy pada diri sy - Jujurlah kepada insan yang kamu cintai.. Jagalah hati.. Kerana itu sahaja kunci kepada sebuah kebahagiaan yang kamu cari selama ini.

Dan saya akan terus melangkah pergi. Meninggalkan awk yang saya cintai. Terlalu berat. Tetapi inilah pengorbanan sy untuk diri sy sendiri. Kerana hati ini terlalu sakit untuk menerima kenyataan itu. awk mencurangi sy. awk menduakan sy. Sy pergi............

Rabu, 4 Mei 2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.....

Aduhhhhh aaaiiiii......kenapalah ada org yang suka buat sesuatu tak pernah pikir perasaan orang sekeliling?....Maaflah kengkawan yer...bukan sesi mengumpat atau mengata...tapi luahan perasaan....sakit telinga nie...

meh aku cakap sikit..kalau nak ramai kawan tolong lah jaga perasaan member! mulut kau ni jaga! 

Selasa, 3 Mei 2011

benda ni sebenarnya dah berkulat kot kalau nak diceritakan
kadang-kadang aku pun tak paham
kenapa perlu ada istilah curang dalam sesebuah perhubungan

mungkin sebab masalah yang berpunca dari kurangnya
rasa kasih dan sayang dalam sebuah perhubungan
mungkin juga kerana perhubungan itu tak berlandaskan keikhlasan
contohlah
pakwe nya ni sikit punya hensem tapi aweknya biasa-biasa je
mula-mula pakwe ni tertarik dengan awek ni
sebab awek ni pendiam ke sopan santun ke

okay awal permulaan percintan  monyet dorang
macam biasa malu-malu taik unta

aku selalu cakap kalau orang kapel-kapel ni
ko tengoklah 3bulan nanti macam-macam lah rupa  pasangan masing-masing keluar
korang tak percaya?
korang kasi try test tengok

okay berbalik pada story tadi
dalam masa 3bulan tu
mesti ade lah yang tak berkenan dihati pakwe ni
tu tak okay ni tak okay
tak pandai bergaya
tak pandai masak
bla....bla...bla.....bla...bla....
macam-macam bunyilah

time ni dah start dah
macam bintang hati cakap
''o0o0..yayang nak tunjuk perangai sebenar yayang kat abang ye''

sebab tu dalam hal ni
kalau rasa ko nak sayang orang yang biasa-biasa rupa paras ni
biarlah dengan ikhlas
janganlah esok-esok nanti
ada isu sikit cakaplah gitu gini
''ko ni dah la tak cantik..cubalah pandai bergaya sikit
malulah aku nak jalan sebelah ko
nasib baik aku nak ko kalau tak orang gila pun tak hingin kat ko''

aku memang pantang kalau lelaki cam ginik
macamlah ko tu hensem sangat
woi prince william tu pun aku tengok tak de lah hensem mana
biarlah dia anak raja sekali pun
setiap orang tu kan dilahir dengan kelebihan dan kekurangan nya

okay sekarang ni contoh suami isteri plak ye

kalau suami curang
op coz la
terlintas dipikiran korang
suami banyak duit
kaya raya sampai 7 keturunan tak habis makan
isteri sibuk dengan politik dan persatuan
anak-anak terabai
alamak ni dah macam drama melayu plak

kalau lelaki ni curang
pada aku lah
mungkin lelaki ni sediada lah gatalnya
mungkin jugak si isteri sibuk uruskan rumah atau
sibuk uruskan nak-anak yang meningkat naik
sampai lupa keperluan suami
cewaaahhh aku bercakap macam dah kawen je
tapi ni fakta okay

tapi kan
perlu ke curang dalam sebuah perhubungan?
kalau dah rasa tak nak tu
dah rasa tak sayang tu
cubalah jujur terus terang
perlu ke menipu semua tu?

bangkai gajah tutup macam mana pun
lambat laun orang dapat hidu jugak
senang macam ni je lah
korang ingat lah setiap perbuatan korang
tak kira baik atau buruk mesti dapat balasan

contohlah kalau ko mencuri barang orang
esok lusa kompom-kompom barang ko ke duit ko ke hilang
sekarang ni tak tunggu akhirat dah
kat dunia pun dapat balasan cash lagi
tu belum balasan kat akhirat sana lagi tu

aku pelik betul kalau orang-orang ni
boleh pasang banyak-banyak
pandai betul diaorang-diaorang ni berlakon
kata sayang tapi kenapa perlu curang?

kalau awek nya pula kadang-kadang sikit punya baik
tapi lelaki tu mengatal jugak
memang mintak kakiku dibibir mu je

kalau rasa pasangan tu dah banyak kekurangannya cuba duduk berbincang dari hati ke hati
kalau sebelum ni kekasih korang tu bau vanila soft yang wat korang termimpi-mimpi
pastu dah bau kari kepala ikan
cuba lah cakap
susah ke nak cakap?
tak payahlah curang-curang ni
tak de faedahnya
kalau pasangan korang tak nak berubah jugak
korang suruh dia buat pilihan

TERIMA KASIH AWAK ATAS SEMUANYA

Awak..thank u k cz awak sllu cbe membahagiakan saya....sllu ada semasa saya dalam kesedihan dan kesusahan...saya xpernah rasa begitu dihargai macam sekarang...mungkin allah dah temukan awak untuk saya....apabila saya tengah marah,awaklah yang cuba menenangkan saya....apabila saya sakit,awak orang yang paling risau...saya tak taw cmne nak balas semua tu...
awak,sy janji sy akan tetap menyayangi awak sampai saya menutup mata.saya harap sesangat hubungan kita kekal hingga akhir hayat..amin..

KHAS UNTUK ORANG KETIGA

kenape erk tetibe aqu jdi benci orang ketiga???

hurm, orang ketiga yang aqu nak share kat sini adalah  minah2  yang terhegeh2 kat balak/pakwe/suami/ orang lain.

Aku pun tak tau la kenapa golongan2 nih boleh wujud, macam dah takde lelaki lain. Nak yang orang lain punya gak... sigh~ pelik betul.

Kalau dah tau orang punya... buang aje hasrat tuh... awat? nak test power ke? Meh aqu bagi explaination aqu.

Korang suka kat someone yang dah berpunya. Okeh~ itu boleh diterima... sebab perasaan kita selalu membutakan mata kita.

Tapi, lepas tuh, korang boleh cucuk2 jarum lak kan... Pahtu... timing lak kne... si pakwe atau si makwe atau si isteri atau si suami tuh ade conflict ataupun sunyi sebab rasa ditinggalkan atau tak diambil peduli oleh pasangan diorang.

Maka... terlayanlah korang.... Dari pandangan mata korang... korang dah berjaya mendapatkan apa yang korang nak.

Tapi dari mata si yang korang cucuk jarum tuh, dia tak sedar yang dia telah menipu dalam hubungan dia.

Dan dari mata si pasangan orang yang korang cucuk tuh, isteri atau suami atau pakwe atau makwe dia curang atau main kayu tiga atau menipu dalam hubungan.

Cuba korang fikir....

Andai betul korang dapat orang yang korang cucuk jarum tuh, tapi dengan cara membuat dia menipu pasangan yang ada sekarang...

Korang boleh lak pasang harapan yang dia takkan buat benda yang sama kat korang? Lepas korang dah couple atau kawen dengan dia...

Seberapa yakin kamu dia takkan buat benda tuh @ menipu korang @ curang @ main kayu tiga dibelakang korang?

Mane korang nak tau beb? Dia dah ada pengalaman dalam tipu menipu, dan koranglah yang ajar dia....

Haa.... remember  girls.. Aku tak pernah guna 'cara kotor'. Aku nak beat someone fair and square. No cheating allowed...

Once hubungan yang suci (kawen) dibina atas dasar yang tak elok, maka akan ada 'benda' yang terjadi di masa depan.

So, kepada yang masih tertunggu peluang untuk cucuk jarum kat kain orang lain, beringat2lah... sejauh mana kain yang korang cucuk ngan jarum tuh takkan mencucuk kaki korang balik... wahaa!

Peringatan kepada  minah2  yang dok terhegeh2 kat someone yang sudah berpunya... tak yah la kacau hidup orang lain.... Ramai lagi dok tercari2 kat luar sana tuh~


cuba rasa cmne perasaan korang apabila hak korang dirampas??sakit hati x???

Luka di jari terasa sakit hanya beberapa hari sampai dia menutup lagi dengan meninggalkan bekas, dan luka di hati tidak pernah terlihat tetapi begitu pedih, perih dan sakitnya terasa sangat lama. Itulah yang terjadi ketika hubungan kita dikhianati, terasa semua pengorbanan  sia-sia, segala kebaikan tidak ada ertinya sekarang tinggal menjadi sampah yang terbuang.
Cinta tidak pernah salah dan sebaiknya tidak menyalahkan cinta atas penghianatan ini, mencintai haya memberi dan tanpa mengharapkan balasan, sehingga tidak pernah merasa rugi jika didasari ketulusan seperti kita memberi bantuan kepada orang dan orang itu lupa dan pura-pura tidak ingat kepada kita. Seperi tuhan mencintai kita tanpa mengharapkan balasan, bilamana kita lupa beliau akan menerima kita saat kita bertaubat dan kembali padanya.
Cinta adalah jambatan yang menghubungkan dua dunia hati yang berbeza, cinta hanyalah perantara keinginan mengikat hati dalam sebuah hubungan dengan keinginan saling menyayangi, menghormati kekurangan dan kelebihan masing-masing, saling memperhatikan satu sama lain...

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

Isnin, 2 Mei 2011

CERITA SEDIH UNTUK TATAPAN SEMUA

tanpa sedar, menitik air mata baca surat ni..aku copy and paste from satu website..baca, laa..

Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. . Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..