Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 1 November 2012

hakikat

Kehidupan banyak mengajar aku erti sebuah kesabaran , kepercayaan , kejujuran , kesetiaan dan paling perit adalah sebuah kelukaan. tiada seorang pun yang mahu hatinya dilukai. tapi apa kan daya , itu adalah lumrah sebuah kehidupan.
Hidup ni ibarat sebuah roda. suatu masa kita berada diatas dan pada masa kita berada dibawah.  Dengan sebuah kelukaan aku belajar menjadi seorang yang tabah. aku tahu pada hakikat dan realiti aku memang tak sekuat orang lain tapi tak perlulah nak tunjuk kat orang yang kita ni sebenarnya lemah. Aku belajar dari sebuah kesilapan dan aku tanamkan satu "impian". impian aku adalah nak tengok orang yang aku sayang bahagia walaupun tidak dengan aku. sebab aku tahu , aku tak mampu bahagiakan sesiapa termasuk family ku sendiri. 

Dulu, aku selalu salahkan takdir. tapi kalau difikirkan secara positif, itu salah aku sendiri. aku tak suka salahkan orang lain. Biar lah setiap kelukaan dan keperitan tu aku tanggung seorang diri. aku dah terlalu lali dengan sebuah kelukaan. aku belajar untuk setia tapi dikhianati... jadi aku ambil langkah selamat iaitu dengan berdiam diri... mungkin itu yang terbaik untuk aku?