Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 10 Januari 2012

Kesedihan terasa apabila mencoretkan kisah anak yatim

Selama ini lia tak pernah meneroka tentang kehidupan manusia atas bumi nie secara terperinci... maksud lia,orang disekeliling lia . nak dijadikan cerita, secara tak sengaja,lia terimbau kembali semasa lia menjadi sukarelawan  urusetia perkhemahan di sebuah sekolah. lia ingat lagi,pada suatu malam,disebabkan lia ketua urusetia , lia terpaksa membuat rondaan dengan anak buah lia.. semasa lia membuat rondaan di sebuah khemah
perempuan,lia melihat seorang pelajar... dia chubby tapi bagi lia dia baik sebab dia hormat lia sebagai ketua.. lia tengok dia tido d luar khemah tanpa bantal dan selimut.masa tu lia betul-betul terkejut.. yela sape tak terkejut,masa tu jam menunjukkan pukul 3.tido kt luar khemah seorang diri dalam keadaan kesejukan..
lia kejutkan dia.masa tu dia macam susah nak bangun.lia sentuh dahi dia... masa tu lia hanya mampu mengucap panjang.Ya Allah,adik demam ke?kenapa tido kat luar? n nak taw ape adik tu cakap? tadi kawan saya suruh duk kat luar diorg nak kemas barang2 dalam khemah...disebabkan saya sakit kepala,saya tertido kat sni.kak,pkul brpa skarang? masa dia tanya tu, keadaan dia lemah sangat.masa tu lia memang bengang sangat.boleh kawan2 diorang tinggal dia camtu...lia apa lagi... menjerit la.. nampak panggil elok2 sorang kawan pon tak bangun.. masa tu diorang memang gelabah dan malu... mana tak malu,suara lia lantang dan membolehkan semua peserta terbangun! tak pasal-pasal pagi-pagi bute diorang boley ceramah free... lepastu kawan2 dia  ajak masuk tido dalam khemah. masa tu lia terfikir,hina sangat ke orang yang berbadan besar sampai diorang sanggup buat budak tu macam tu!! keesokannya di depan dataran, memang semua peserta di beri amaran!tu la,aniaya membe sendiri. selepas tamat perkhemahan, adik tu kalau jumpa d mana2 sering menegur lia tanpa segan silu.lia betul2 senang dengan cara dia..
DAN malam nie 11/1/2012 baru la lia tahu bahawa adik tu anak yatim yang sudah kematian ibu... lia ada terbace 2 komen yang betul2 menyentuh hati lia dan mengalir airmata tanpa paksaan..
--> mak kite dh xde tp sempat jugak brbakti kt mak walopon skit sblum dye pegi..
-->  .tp **** rse pgorbanan ***** x ckup utk memblas semua pgorbnan mak slme nie..tp ***** dh cuba skdr yg trmampu..:'(
Lia terpikir... besarnya d0sa  budak2 tu aniaya anak yatim macam tu....
Adik,kak doakan adik berjaya dalam spm 2011.buat yang terbaik.kejayaan yang adik dapat tu dapat membahagiakan dan mengembirakan arwah ibu adik di alam sana..kak harap apabila adik berjaya,jgn dilupakan ahli keluarga dan orang yang banyak membantu adik dalam pelajaran... balas la jasa bapa adik...
kak suka tengok senyuman adik.kak tahu adik menutup kesedihan adik.. syabas dik! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan