Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 28 Mac 2012

TerLuka

Jika luka d tangan kita boleh nmpak, kita boleh jumpa doktor utk dpatkan rawatan, boleh mkan ubat & boleh sapu krim utk menghilangkan parutnya. Tpi luka di hati…takde siape yg tahu biar sepedih mane sekali pun.. ianya tersimpul mati dihati kita. Kita yg merasakan pedihnya, kite lah juga yang merasakan peritnya & x dpt zahirkn dgn kata-kata.

Kelukaan yg lahir bersama kekecewaan hanya akan dapat dizahirkan oleh airmata kerana airmata adalah teman setia dan airmata jugalah yang dapat melegakan segala kelukaan walaupun untuk seketika....... ^__^

Ahad, 4 Mac 2012

Kisah Seorang Ibu

Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang
lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam
blog ni.

Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.


Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.


Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”


Ibuku hanya berdiam diri!!!


Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya…


Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.


Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…


Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!


Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…


…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!

REDHA ^_^

Kata orang, ini ayat untuk orang patah hati. Untuk pujuk hati agar pasrah dan berserah.

"Redha itu ikhlas, pasrah itu berserah" kata lisa surihani dalam ombak rindu. (sebenarnya itu ayat Fauziah Ashari lah kan, penulisnya. Lisa yang dapat nama)

Ayat ini juga, mengajar orang bersabar dan bersyukur.


"Ada isi hati perlu dikongsi, Ada isi hati perlu diperjelas, 
ada isi hati perlu diberitahu, ada isi hati perlu disembunyi.
Ibrahnya, bila mulut seolah terkunci,Allah juga sebaik-baik Pendengar"

Sabtu, 3 Mac 2012

Seandainya dia tahu

seharusnya dia lebih mengerti ertinya kasih,
seharusnya ia tahu ertinya sayang,
seharusnya dia tahu hati merindu,
seharusnya dia menghargai diriku,
kerana aku amat menyayanginya,
dialah yang satu buatku,
kesetiaanku jadi taruhan,
hanya kerana dia insan teristimewa.....
cinta...mampu membuatku rasa bahagia
cinta...juga mampu membuatku rasa merana
cinta...hadirnya tidak pernah di undang
cinta...perginya juga tidak pernah di pinta
bagaimana harus ku pertahankan cinta...
jika ia akan terus berlalu tanpa memandang simpati kepadaku
yang mendambakannya....ah..biar, biar cinta itu terus berlalu...
agar cinta sejatiku boleh muncul... agar aku dapat merasakan betapa hangatnya cinta sejatiku itu...
Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."

Jumaat, 2 Mac 2012

^_^

Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...

Kebahagiaan sudah bersamanya. Itulah kenyataan yang harus aku terima. Cuma yang pahit untukku telan... dia bersama dengan orang yang suatu ketika dahulu pernah menyakiti hatinya. Bukan mengungkit segala apa yang aku lakukan cuma aku sedikit terkilan. Waktu bersamaku dia bagaikan insan yang begitu sedih bila cintanya ditolak sedemikin rupa. Padaku, dia menceritakan segalanya, menghumbankan rasa kecewa dn amarahnya. Lantas, padaku juga dia lakukan benda serupa... Sampai hati awak... Sedangkan awak tahu untuk bina bahagia dari kekecewaan adalah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan. Hanya yang tabah dan cekal saja mampu melakukan itu. Tapi aku tidak tabah... aku tak kuat... sampaikan kadang-kadang aku menyumpah diriku kerana menyayangimu... bodohnya aku....