Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 13 Januari 2012

Kek Ais krim :) yummy yummy

Kek nie mase besday sy..hihi


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • BAHAN KEK SPAN*
  • 375 gm Tepung Span Mix
  • 75 gm Air atau Susu Segar
  • 375 gm Telur
  • 1 sudu teh Perasa Vanila
  • 90 gm Minyak Jagung (atau Butter yang dicairkan)
  • BAHAN AIS-KRIM*
  • 3 Biji Telur Kuning
  • 150 gm Susu Segar
  • 30 gm Gula Kastor
  • 150 gm Strawberry Pes (ada jual di kedai bakeri)
  • 300 gm Fresh Cream

Cara-cara

  1. CARA BUAT KEK SPAN*
  2. Putar semua bahan untuk buat kek kecuali minyak jagung, sehingga kembang (dalam 10 minit)
  3. Apabila kembang masukkan minyak sikit2 sambil dikacau menggunakan wisk. kacau sehingga betul2 sebati.
  4. Tuang dalam loyang kek 9" yang dialas dengan kertas minyak. Dengan suhu 175c bakar serlama 45 minit.
  5. CARA BUAT AIS-KRIM*
  6. Masak telur kuning, susu segar dan gula kastor sehingga pekat sedikit dan sejukkan.
  7. Putar Fresh Cream sehingga kental, dan masukkan kedalam bahan yang dimasak tadi
  8. Masukkan juga straberry pes dan kacau sehingga sebati dengan menggunkkan wisk.
  9. CARA NAK BENTUKKAN KEK*
  10. Boleh buat berapa lapis yang kita suka. jika suka ais-krim 2 lapis potong kek kepada 3 lapis.
  11. P1010147
    Masukkan lapisan bawah iaitu kek dalam loyang sepadan, kemudian ratakan ais-krim, lapisan kek semula, ais-krim dan atas sekali adalah lapisan kek.
  12. P1010148
    Simpan kek dalam peti beku lebih kurang 3 jam, tutup dgn plastik wrap. lepas tu boleh di hias dengan butter cream atau fresh cream... sedap tau hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan