Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 5 Februari 2012

Andai aku pergi dahulu...maafkan aku atas segalanya

Assalamualaikum....
..Pada hari Jumaat .. 3. 2. 2012..Genaplah 20 tahun seorang bayi perempuan dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Selangor ..Mengikut surat beranak masa dilahirkan adalah juga jam 3.00 pagi.20 adalah angka yang patut dijadikan iktibar oleh empunya badan bahawa umurnya telah semakin tua dan semakin menghapiri hari mati.Bayi perempuan itu adalah saya sendiri.Terima kasih pada semua yang telah mengucapkan ucapan selamat hari lahir.Ada ucapan dari orang yang tidak disangka-sangka akan mengingati diri saya dan ada juga yang hari2 bersama saya tapi tidak mengucapkan apa2.Saya faham kesibukan kalian dan saya faham hari lahir saya bukanlah benda yang manfaat bagi anda.


Kita berasa gembira dengan menyambut hari lahir.Ada yang sanggup membelanjakan wang semata2 ingin meraikan hari lahirnya dengan penuh ingatan yang tidak dilupakan.Menjadikan kenangan manis menyambut hari lahir ini sebagai satu kemestian bagi sesetengah orang.Dalam mengejar keseronokan menyambut hari lahir bersama orang tersayang mahupun rakan2 kita perlu ingat bahawa genapnya umur kita maka genaplah kita menghampiri hati mati.Manusia tidak mengetahui hari matinya.Dilahirkan anak adam diatas muka bumi ini dengan ditentukan 3 perkara baginya.Rezekinya..jodohnya.. dan matinya.Jika manusia mengetahui hari matinya pasti manusia tidak alpa dan lalai dari melakukan segala suruhannya.

Demikian juga dengan saya manusia yang hina dina dan tidak punya apa2 ini melainkan saban hari mengharapkan keberkatan dan keampunan dari Allah atas dosa.Genapnya umur ini terasa diri ini makin hampir menghadapi hari mati yang pasti datang tanpa diduga.Daku tidak mampu menghalang mahupun melarikan diri daripadanya.Ia pasti datang dan akan datang juga nanti.Sebagai seorang manusia saya punya banyak salah dan dosa pada Allah dan juga sesama kita.Genap umur kita bermakna semakin genap kita menghampiri kematian

Andai saya pergi dahulu..abah & mama

Maafkan saya..ampuni dosa saya..redhailah hidup dan apa yang telah saya lakukan.Halalkan makan minum saya..maaf kerana tidak sempat menunaikan janji dan tidak sempat membalas jasa kalian.Jika saya hidup 1000 tahun pun masih tidak mencukupi untuk membalasnya.Terima kasih kerana mendidik saya menjadi manusia.Terima kasih kerana memberi pelajaran kepada saya.Terima kasih kerana mengajar saya untuk menempuh kehidupan ini dan terima kasih kerana menyayangi saya

Andai Lia pergi dulu abg...

Terima kasih kerana menjadi teman hidup lia selama ini.Terima kasih kerana sanggup berkorban dan bersusah payah dengan lia selama ini.Terima kasih atas segalanya yang telah diberikan kepada lia.Maafkan lia atas kesalahan lia selama ini.Ampuni segala dosa lia  terhadap abg.Apa yng terjadi tidak pernah mengurangkan kasih dan sayang lia pada abg malahan ia menguatkan lagi kasih sayang antara kita.InsyaAllah kita jumpa di syurga nanti..

Andai saya pergi dahulu sahabat2ku

Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik untukku.Terima kasih kerana banyak menegurku.Terima kasih kerana banyak mengajar aku erti perjuangan.Teruskan perjuangan kalian.Terasa amat singkat merasakan nikmat berjuang bersama kalian.Teruskan perjuangan ini yang banyak memberi kesedaran kepada orang lain dan diri kita sendiri.Maafkan aku atas segalanya


Andai aku pergi dahulu...maafkan aku atas segalanya
Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan