Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 4 Disember 2011

menjangkau 11 bulan usia perkenalan kami yang diikat atas nama cinta. terkenang betapa cepat masa berlalu. melewati segala janji, duka, cinta, suka, dan lara.

ikatan yang diikat masih utuh walaupun sudah terlalu banyak gelora yang menerpa. menikam segala raga dan fikiran. masih terngiang-ngiang mulut-mulut si tempayan yang mendoakan keretakan hubungan ini.

persetankan semua itu. mulut orang. tidak pernah memahami hanya mencaci. namun, dapatkah disangkal segala qada' dan qadar Illahi? insyaAllah, hati ini hanya mendoakan yang terbaik dan terindah untuk setiap nya.

biar apa orang mengata, biar lah terlalu lama ikatan perkenalan ini. kerna, masjid yang bakal dibina adalah berlandaskan persediaan rapi akal dan nafsu ini. insyaAllah. Allah maha mengetahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan