Apabila kita semakin
meningkat usia...
semakin banyak
cabaran dan dugaan
yang perlu kita
tempuh....
itulah yang harus
kita bayar untuk
meneruskan satu
kehidupan...
hilangnya siang diganti dengan malam
hilangnya duka diganti dengan suka
hilangnya badai diganti dengan ketenangan
hilangnya mendung diganti dengan pelangi
hilangnya orang tersayang,doa menjadi pengganti kehilangan mengajar kita erti rindu
kehilangan mengajar kita erti menghargai
kehilangan mengajar kita erti hidup
kehilangan mengajar kita erti ketabahan
kehilangan mengajar kita erti kekeluargaan
kehilangan mengajar kita erti sebenar kasih sayang
kehilangan mengajar kita erti cinta sejati
cinta sejati kepada insan yang kita sayang
kehilangan mengajar kita bahawa tiada benda didunia ini yang kekal melainkan ALLAH SWT
hargailah apa yang ada sementara masa ada waktu
jangan menyesal pabila sudah terlambat
tidak ada gunanya menyesal di kemudian hari
kerana yang hilang tetap tidak akan muncul kembali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan