Setiap manusia yang sedang berkasih-kasihan mesti tak nak hubungan  dorang ada orang ketiga.  Tak kira lah di pihak lelaki or perempuan.  Bila kita sedang bercouple ni, mesti kita benci and takut sangat dengan  perkataan 'orang ketiga'. Apatah lagi bila dalam hubungan tuh memang  wujud orang ketiga, dengan orang ketiga tuh sekali kena benci ! Am I  right ? :D HAHA, Lia tulis berdasarkan pengalaman Lia. Memang time Lia couple-couple, memang takut sangat dengan perkataan 'orang ketiga'.  Memang tak nak wujud orang ketiga. Tapi, bila pasangan Lia curang,  mestilah ada orang ketiga kan.  So, memang orang ketiga tuh kena benci  kaw-kaw dengan Lia. Bodoh ke perbuatan Lia ni ? HAHA, I don't know.Tpi xla skjam mna...
Perlu ke kita salahkan orang ketiga tuh sebab dia tiba-tiba wujud dalam  hubungan kita dan pasangan ? Emm, depend on the situation. Kita perlu  tau situasi sebenar. Sama ada pasangan kita sendiri yang menggatal or  orang ketiga tuh yang menggedik tak ingat dunia, HAHA. Tapi kalau bukan  dua-dua yang menggatal, tak kan wujud hubungan dorang kan ?  Renung-renungkan !
TETAPI ! Macam mana pula kalau kita yang jadi orang ketiga tuh ? Apa  yang kita perlu buat ? Ye lah, sedia maklum kan,  CINTA & SAYANG  DATANG DENGAN SENDIRI. KITA TIDAK BOLEH MEMILIH SIAPA YANG AKAN KITA  SAYANG. So, macam-macam boleh jadi. Kita boleh jatuh sayang dengan  husband orang, wife orang, boyfie orang and gurlfie orang. Bila dah jadi  macam ni, nak salahkan siapa ? Salahkan diri sendiri sebab terjatuh  sayang dengan hak orang lain ? Heh, macam mana nak salahkan diri sendiri  -.-
Kita semua tak pernah mintak jadi orang ketiga kan, tapi bila dah jadi,  hati kita sakit sangat. Lagi-lagi bila hubungan tuh rahsia. Kita sedaya  upaya tak nak sakitkan hati pihak pertama sebab kita hanya menumpang hak  dia. Kita juga sedaya upaya berusaha lupakan orang yang kita sayang  tuh, kononnya biar kita yang berundur sebab kita ni orang ketiga,  tapi  berhasilkah kita lupakan dia ? I don't think so. Sekelip mata kita boleh  jatuh sayang, tapi untuk melupakan, ambil masa yang sangat lama. Itu  pun kalau boleh lupakan...
Apa-apa pun, jodoh ditangan Tuhan. Kita hanya merancang, Allah  menentukan. Janganlah kita terlalu membenci orang ketiga yang pernah  hadir dalam hubungan kita dan pasangan kerana boleh jadi kita pula yang  akan menjadi orang ketiga dalam hubungan orang lain suatu hari nanti. tpi yang pasti Lia mmg benci 'org ketiga'hehehehe
 
    
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan