Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 2 Mei 2011

sesuatu yang patut ku kongsi.....

Apabila cinta bersumpah yg sesuatu itu benar, lia percaya sungguhpun lia tahu ia berdusta..

frust dlm cinta..korang pernah melaluinya?? siapa yg pernah alaminya, pasti tau betapa ia perit. 'sakit yg paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas'.. benarkah? (jgn beritahu lia yg sakit apabila bersalin lebih perit atau seumpamanya..ini dalam scope cinta manusia)..

pernah lia terbaca bahawa PUTUS CINTA adalah bukti xde cinta sejati kecuali cinta yg diasaskan oleh cinta Allah. pelbagai alasan apabila si dia ingin memutuskan cinta..

common reasons:
1. hadirnya org ketiga
2. halangan dr org tua
3. jemu setelah sekian lama

ketika ni lupa lah semua sumpah setia, lafaz sehidup semati,& surat aku janji (mcm nak masuk U tuh). malah dia yg kita cintai seperti tidak pernah kita kenali. berlainan sungguh.

kita kecewa. menangis sana sini, sedaya upaya mencari punca, ilang semangat utk hidup & rase gulap gulita dunia ini. malah ada yg sanggup bunuh diri.. benarlah kata pujangga 'Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yg dicintainya' nauzubillah..
Apabila kita benar-benar sayang, dan amat menyintai seseorang, dalam diam, dalam tiba-tiba perpisahan berlaku. Kecewa dengan cinta, kekasih hambar, lenyap kemesraan… Malah, kadang tanpa dipinta, tanpa info, tanpa ruang atau sebarang perbincangan… bamm! HILANG!

Siapa kata kecewa cinta itu menyakitkan? Yes…betul…apabila kecewa, kita akan berduka, buat apa pun tak kena, yang hidup bagai tiada guna, sorak sorai bagai sunyi saja, malah letih dan kerinduan untuk bercinta…
TETAPI, cuba keluarkan diri anda seketika dari tubuh yang dikecewakan itu dan perhatikan kenikmatannya…

* Berjurai-jurai air mata yang jatuh dari mata…puas rasanya
* Rindu sehabis rindu yang tidak pernah orang lain dapat rasa dimana-mana
* Sakit hatinya tak terkata, bagai mahu meletup jantung
* Kegelisahan, keresahan, tercari-cari mana silapnya
* Menjerit, meraung sekuat hati dengan satu kekuatan yang tiada siapa boleh menghalang dan Seribu satu rasa lagi yang kita dapat alami…

teringat lia pd sebuah kisah, sesetengah ahli sufi melewati seorang lelaki yg sedang menangis di kubur, lalu dia bertanya tentang sbbnya.. jawap lelaki tadi, 'sesungguhnya kekasihku telah meninggal dunia.'.. ahli sufi tadi menjawap 'sebenarnya engkau telah menzalimi dirimu sendiri dgn mencintai kekasih yg mati. Jikalau engkau mencintai kekasih yg tidak akan mati nescaya engkau tidak akan tersiksa dgn perpisahan..'

sesungguhnya putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya malah satu permulaan yg baik jika ia ditangani dgn positif. memg pd mulanya terasa berat beban yg dipikul tetapi kita masih punyai Allah..semuanya dr Allah.

"ada sesuatu perkara yg kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kpd kamu. ada pula sesuatu perkara yg kamu benci tetapi ia membawa kebaikan kepada kamu. sedarlah, kamu tidak mengetahui, Allah-lah yg lebih mengetahui' (Al-Baqarah:216)

Bersedia! Pastikan korang cekal dan tabah menghadapinya. Kuatkan semangat, bersedia untuk dikecewakan. Apa yang korang perlu tanamkan dalam diri korang bahawa pertemuan, perpisahan, ajal dan maut, semuanya adalah di tangan Tuhan. Kita cuma berusaha, sekiranya korang kehilangannya, sekiranya korang gagal untuk memiliki si dia, INGAT, Dia bukan jodoh korang!
PASTI, Tuhan menyediakan yang lebih baik daripada itu kepadakorang. Percayalah! Di dalam mencari cinta, korang akan tempuhi… sakit hati, marah, kecewa, berduka dan …KECEWA! Jadi, korang tidak perlu risau kerana kekecewaan itu adalah biasa di dalam pencarian cinta.

Namun, jangan sesekali takut untuk bercinta. Sirami minda korang dengan ketenangan kerana semestinya di dalam pencarian cinta, korang akan bertemu saat penderitaan itu. Banyak-banyak bersabar dan laungkan, “AKU BERSEDIA MENGHADAPI PENDERITAAN CINTA!” …kerana sesungguhnya, penderitaan akan hadir sebelum cinta yang membahagiakan korang. Bersyukurlah dengan penderitaan itu kerana tidak lama lagi cinta akan menyusul.

Dari penglaman seorang rakan :
Saya adalah orang yang sangat setia. Jadi kesilapan saya adalah, jatuh cinta membuta tuli dan juga beranggapan yang pasangan saya juga setia seperti saya. Tetapi malang terus menimpa, berkali-kali pula pasangan saya berlaku curang! Saya terkena lagi dan kecewa…

Namun saya bertekad dan berazam bahawa saya tidak akan berputus asa mau pun mengalah dalam mencari cinta. Saya tidak pernah terfikir untuk terus berundur dari mencari cinta yang sejati malah, saya tambahkan lagi keinginan saya…. Dulu hanya mahu mencari cinta tetapi kini, saya mahu mencari cinta dengan seorang gadis yang beragama, cantik, berkulit putih cerah, tinggi lampai dan berpelajaran. Saya terus mencari cinta walaupun dikecewakan beberapa kali. Alhamdulillah…di dalam pencarian saya, akhirnya saya telah berjaya menemui cinta itu.

jadi kita sama2 berfikir sejenak....

sekian....wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan