Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 8 Mei 2011

kenapa mesti dicurangi

awk,kenapa curang ngn sy??awk pernah rasa sakit dicurangi x??Bila hati awk sudah berbelah bagi, tiada makna lagi perasaan saya pada awk. awk menyakiti saya.

awk pernah buang saya jauh dari hidup awk. Saya ingat itu. awk melupakan diri saya saat kamu bahagia dengan orang lain. Saya ingat itu.

Awak sudah lupa. Sangat-sangat terlupa. Di waktu kesusahan melanda awk, siapa yang sering berada di belakang awk. Membantu sedaya upaya, memberi semangat tanpa pernah rasa jemu. awk lupa, siapa yang sering membantu awk di waktu awk berada di bawah. awk lupa segala pengorbanan masa, tenaga saya kepada awk. Kenapa awk lupa? Kerana awk tlah menemui yang lain. Dan segala pengorbanan saya lenyap begitu sahaja.

Saya tak pernah pinta awk membalasnya dalam bentuk yang sama. Tetapi cukuplah sekadar menjaga hubungan kita. Dan itulah pesanan saya kepada awk setiap kali. Tapi awk sudah lupa. Terlalu lupa. Kenapa? Kerana awk leka bersama dengan dia.

Di saat awk berada di atas, di saat awk berada di puncak, di saat awk merasai sedikit kesenangan..di saat itulah awk melupakan saya. Kenapa? Kerana awk memilih untuk berkongsi dengan dia..tetapi bukan saya.

Saya setia dengan awk, saya tidak pernah ada yang lain. Sehingga awk mencurangi saya, saya masih tetap setia dengan awk. Bodohkah saya? awk tergamak menduakan saya tanpa memikirkan kesetiaan saya, pengorbanan saya.

Awk berjanji untuk memilih saya. Bukan dia. Awk berjanji, tapi awk tidak tunaikan. Dan saya perlukan awk membuat pilihan. Tetapi awk tidak dapat membuat pilihan. Kenapa? Kerana awk tidak tahu membuat pilihan. Kerana awk tidak tahu apa yang awk mahu. Terlalu lama saya bersabar. Terlalu lama untuk memberi masa kepada awk membuat pilihan. awkmesti buat pilihan!! Namun, awk tetap tidak mampu melakukannya.

Dan jika awk tidak mampu buat pilihan, saya akan buat pilihan saya sendiri. Ya, saya pilih untuk mengalah dan undur diri. Bukan diri saya untuk berkongsi kasih. Bukan diri saya memperbodohkan diri menyesatkan hati dalam situasi ini. Awk hiduplah dengan jalan awk. Dan saya hidup dengan jalan saya.

Terlalu banyak awk berselindung. Terlalu banyak awk menipu diri sy.
Pesan sy pada awk - hiduplah dalam dunia yang nyata. Awk tidak akan pernah tenang selagi awk memilih jalan untuk menipu.
Pesan sy pada diri sy - Jujurlah kepada insan yang kamu cintai.. Jagalah hati.. Kerana itu sahaja kunci kepada sebuah kebahagiaan yang kamu cari selama ini.

Dan saya akan terus melangkah pergi. Meninggalkan awk yang saya cintai. Terlalu berat. Tetapi inilah pengorbanan sy untuk diri sy sendiri. Kerana hati ini terlalu sakit untuk menerima kenyataan itu. awk mencurangi sy. awk menduakan sy. Sy pergi............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan