Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 13 Januari 2012

Kek Ais krim :) yummy yummy

Kek nie mase besday sy..hihi


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • BAHAN KEK SPAN*
  • 375 gm Tepung Span Mix
  • 75 gm Air atau Susu Segar
  • 375 gm Telur
  • 1 sudu teh Perasa Vanila
  • 90 gm Minyak Jagung (atau Butter yang dicairkan)
  • BAHAN AIS-KRIM*
  • 3 Biji Telur Kuning
  • 150 gm Susu Segar
  • 30 gm Gula Kastor
  • 150 gm Strawberry Pes (ada jual di kedai bakeri)
  • 300 gm Fresh Cream

Cara-cara

  1. CARA BUAT KEK SPAN*
  2. Putar semua bahan untuk buat kek kecuali minyak jagung, sehingga kembang (dalam 10 minit)
  3. Apabila kembang masukkan minyak sikit2 sambil dikacau menggunakan wisk. kacau sehingga betul2 sebati.
  4. Tuang dalam loyang kek 9" yang dialas dengan kertas minyak. Dengan suhu 175c bakar serlama 45 minit.
  5. CARA BUAT AIS-KRIM*
  6. Masak telur kuning, susu segar dan gula kastor sehingga pekat sedikit dan sejukkan.
  7. Putar Fresh Cream sehingga kental, dan masukkan kedalam bahan yang dimasak tadi
  8. Masukkan juga straberry pes dan kacau sehingga sebati dengan menggunkkan wisk.
  9. CARA NAK BENTUKKAN KEK*
  10. Boleh buat berapa lapis yang kita suka. jika suka ais-krim 2 lapis potong kek kepada 3 lapis.
  11. P1010147
    Masukkan lapisan bawah iaitu kek dalam loyang sepadan, kemudian ratakan ais-krim, lapisan kek semula, ais-krim dan atas sekali adalah lapisan kek.
  12. P1010148
    Simpan kek dalam peti beku lebih kurang 3 jam, tutup dgn plastik wrap. lepas tu boleh di hias dengan butter cream atau fresh cream... sedap tau hehe...

Kek Coklat Moist ^_^ sy suke

Disebabkan sy suke buat n makan kek....jadi nak shre la resepi tersebut...



Ok ni resepi kek coklat cair kukus mudah dan best..
Bahan-bahan kek coklat:
  • 250gm Butter
  • 3/4 cawan gula
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan serbuk kok
  • 1 cawan air atau susu cair
Bahan-bahan coklat cair atau topping
  • 1 sudu marjerin
  • 2-3 sudu susu pekat manis
  • 2-3 sudu serbuk kok
  • sedikit air
Cara buat kek coklat:
  1. 1. Bancuh serbuk kok dan air atau susu cair.
  2. 2. Pukul butter dan tambah gula sehingga kembang.
  3. 3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi.
  4. 4. Masukkan tepung gandum selang-seli dengan bancuhan kok tadi sambil terus memukul.
  5. 5. Kukus 45 minit.
Cara buat coklat cair untuk topping:
  1. 1. Cairkan 1 sudu marjerin.
  2. 2. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko
  3. 3. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
Siap…selepas kek masak, siram kek dengan coklat cair..boleh juga tabur coklat rice jika nak..wahh bestnya…sedap..trylah..

peminta sedekah dipandang rendah!

Geram tengok peruncit sebuah kedai tu menghalau peminta sedekah cam tu je!! macam da xde etika sebagai seorang manusia. tengok peruncit tu besar kecik besar kecik je.xfham la dengan orang kita sekarang.tak boley hormat langsung peminta sedekah.kok ye pon die menganggu anda xperlu menghalau tapi buat la secara pakai 0tak!! kalau k0 kena halau camtu ape k0 rase d0e?malu kan? camtu la dia rasa. menangis dia.aku yang memang jiwa sensiif termenangis jugak...
Aku tengok kental (perasan) dalam hati ade taman d0e..hahaha

Aku kalo nampak sekali lagik peruncit or sape2 la halau pengemis camtu....dengan perasaan tak malu aku
sound... nampak tak B.E.R.P.E.R.I.K.E.M.A.N.U.S.I.A.A.N. sangat!!

Khamis, 12 Januari 2012

T_T takut kehilangan dia

When you love some is nothing, When someone love you is something, when you love someone ad there love at you back is everything.

 Awak, saya sayang sangat kat awak. Saya impikan pelbagai impian yang indah-indah belaka dengan awak. Waktu awak cakap awak cintakan saya, saya rasa macam tak caya. Saya rasa saya beruntung sangat sebab awak jatuh cinta dengan saya. Saya terlalu banyak kelemahan jika nak di bandingkan dengan wanita-wanita lain. Ntah la. Walaupun dah berkali-kali awak tegaskan awak memilih saya kerana saya sangat istimewa di mata awak, namun saya tetap rasa kerdil jika nak dibandingkan dengan awak



Lepas sebulan  kita kenal iaitu pada bulan januari 2011, awak bagi tahu saya awak sukakan saya. Terkejut saya. Saya tak sangka awak pun sukakan saya. Saya memang sukakan awak. Tapi saya takut nak terima awak time tu. Saya takutkan risiko kalau saya kehilangan awak sebab saya terlalu sayangkan awak. Lepas awk yakinkan saya, saya terus terima awak. Saya cintakan awak.

mengelamun sebelum tido... kalau la sy jadi....... sy akan......

selalunya kalau nak tido tu mesti rakan-rakan bl0g memikirkan aktiviti utk esk n ape-ape la yang sewaktu dengannya kan... kalau lia pulak lain cerite nye... nak tido boley lagi berangan..haha
Lia ada satu impian, iaitu nak jadi sukarelawan. ta taw datang dari mana semangat tu dan impian tu. nak cakap lam kalangan family ke, cousin ke jauh panggang dari api.
Lia sukakan budak-budak.but why lia sukakan budak-budak bec0z lia nie anak tunggal.faham-faham je la camana keadaan menjadi anak tunggal nie..hid0p kebosanan.
Lia selalu kerap tengok-tengok aktiviti menjadi sukarelawan di Rumah Orang Tua dan Rumah Anak Yatim.
tapi tu la,nak sangat berbakti kepada insan yang tidak bernasib baik. tapi macam-macam halangan... Lia berazam satu hari nanti lia akan menjadi sukarelawan ^_^

Selasa, 10 Januari 2012

Kesedihan terasa apabila mencoretkan kisah anak yatim

Selama ini lia tak pernah meneroka tentang kehidupan manusia atas bumi nie secara terperinci... maksud lia,orang disekeliling lia . nak dijadikan cerita, secara tak sengaja,lia terimbau kembali semasa lia menjadi sukarelawan  urusetia perkhemahan di sebuah sekolah. lia ingat lagi,pada suatu malam,disebabkan lia ketua urusetia , lia terpaksa membuat rondaan dengan anak buah lia.. semasa lia membuat rondaan di sebuah khemah
perempuan,lia melihat seorang pelajar... dia chubby tapi bagi lia dia baik sebab dia hormat lia sebagai ketua.. lia tengok dia tido d luar khemah tanpa bantal dan selimut.masa tu lia betul-betul terkejut.. yela sape tak terkejut,masa tu jam menunjukkan pukul 3.tido kt luar khemah seorang diri dalam keadaan kesejukan..
lia kejutkan dia.masa tu dia macam susah nak bangun.lia sentuh dahi dia... masa tu lia hanya mampu mengucap panjang.Ya Allah,adik demam ke?kenapa tido kat luar? n nak taw ape adik tu cakap? tadi kawan saya suruh duk kat luar diorg nak kemas barang2 dalam khemah...disebabkan saya sakit kepala,saya tertido kat sni.kak,pkul brpa skarang? masa dia tanya tu, keadaan dia lemah sangat.masa tu lia memang bengang sangat.boleh kawan2 diorang tinggal dia camtu...lia apa lagi... menjerit la.. nampak panggil elok2 sorang kawan pon tak bangun.. masa tu diorang memang gelabah dan malu... mana tak malu,suara lia lantang dan membolehkan semua peserta terbangun! tak pasal-pasal pagi-pagi bute diorang boley ceramah free... lepastu kawan2 dia  ajak masuk tido dalam khemah. masa tu lia terfikir,hina sangat ke orang yang berbadan besar sampai diorang sanggup buat budak tu macam tu!! keesokannya di depan dataran, memang semua peserta di beri amaran!tu la,aniaya membe sendiri. selepas tamat perkhemahan, adik tu kalau jumpa d mana2 sering menegur lia tanpa segan silu.lia betul2 senang dengan cara dia..
DAN malam nie 11/1/2012 baru la lia tahu bahawa adik tu anak yatim yang sudah kematian ibu... lia ada terbace 2 komen yang betul2 menyentuh hati lia dan mengalir airmata tanpa paksaan..
--> mak kite dh xde tp sempat jugak brbakti kt mak walopon skit sblum dye pegi..
-->  .tp **** rse pgorbanan ***** x ckup utk memblas semua pgorbnan mak slme nie..tp ***** dh cuba skdr yg trmampu..:'(
Lia terpikir... besarnya d0sa  budak2 tu aniaya anak yatim macam tu....
Adik,kak doakan adik berjaya dalam spm 2011.buat yang terbaik.kejayaan yang adik dapat tu dapat membahagiakan dan mengembirakan arwah ibu adik di alam sana..kak harap apabila adik berjaya,jgn dilupakan ahli keluarga dan orang yang banyak membantu adik dalam pelajaran... balas la jasa bapa adik...
kak suka tengok senyuman adik.kak tahu adik menutup kesedihan adik.. syabas dik! 

Isnin, 9 Januari 2012

AtAs NAma cinta :)

kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?,ketika kita menangis?,ketika kita membayangkan sesuatu?.Itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT…Ketika kita menemui seseorang yang keunikannya SEIRING dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan kasih sayang.Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan… Tapi ingatlah…melepaskan BUKAN akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari…dan mereka yang telah mencuba. Kerana MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka…
CINTA yang AGUNG, adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya, adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia, adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum seraya berkata ‘Aku turut berbahagia untukmu’.Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKANLAH dirimu…biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. Ingatlah… bahawa kamu mungkin menemui cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya…Orang yang kuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kau buat. TEMAN SEJATI… mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa..’, menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’. Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’. Membuka pintu meski kamu BELUM menutup dan berkata ‘bolehkah saya masuk?’.
 
MENCINTAI… BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN. BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu MENGERTI. BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu RASAKAN. BUKANlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu BERTAHAN. Lebih bahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang. Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang.. Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang…LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri.
Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita, MELAINKAN karena kita menyadari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahawa melepaskan SELALU bererti kamu benar-benar mencintai.MELAINKAN… BERJUANGLAH demi cintamu. Itulah CINTA SEJATI. Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang ‘yang tersedia’. Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.