Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 21 Januari 2012

Tartlet Buah-buahan ^_^

Bahan-bahan ( 15 orang )

* Tepung biasa 200g, Gula Ising 50g, Garam sedikit, 1/2 Telur, Mentega
100g, Perasa Vanila 1 sudu kecil.
* Krim Kastard- Tepung Kastard segera 250g, Susu 600g, Perasa vanila
1 sudu kecil.
* Buah-buahan seperti anggur,mempelam,rambutan, nanas,lanci.( Boleh
Guna tin Buah-buahan campuran)
* Guna Acuan tart and acuan keras.

Cara-cara

1.masukkan tepung, mentega, gula ising, garam dan 1 sudu kecil perasa
vanila ke dalam mangkuk.(tepung tidak perlu Ayak)
2.Pukulkan semua bahan perlahan-perlahan dengan machine kek
sehingga rata. Selepas rata, gunalah tangan untuk menjadikan dough.
3.Guna acuan cawan untuk membuat bentuk tarts.(saiz sesuka hati tapi
jangan guna acuan terlalu kecil atau terlalu besar)
4.selepas membuat bentuk cawan guna garpu buat lupang kecil di atas
cawan (tempat bulat)untuk tepung nafas semasa bakar. Guna pisau
rata untuk ratakan dan cantikkan muka dan tepi cawan.
5.Bakar acuan dengan 190c dengan 12minute.
6.selepas bakar, letakkannya di meja hingga sedikit sejuk keluarkan
bentuk dan masukkannya ke dalam acuan kertas. (ingat jangan
becarkkan bentuknya.)
7.sediakkan krim kastard, masukkan semua bahan krim kastard di dalam
mangkuk. pukulkannya dengan tangan sehingga rata. Krim Kastard
tidak perlu dimasak boleh dimakan begitu sahaja.
8.potong buah-buahan (bentuk kecil). selepas ini, masukkan isi kastard
dengan sesuka hati.Jangan masukkan kastard terlalu banyak. mesti
beri tempat hiar buah-buahan.
9.hiaskan buah-buahan kepingan di atas kastard. Akhirnya simpan tarts
ke dalam peti sejuk sebelum di makan

Rabu, 18 Januari 2012

Kehilangan dia buat selamanya memberi kejutan yang teramat sangat....

Sebenarnya malam ni lia nak kongsikan somthing...yang buat lia rasa terkilan sangat-sangat bc0z tak sempat mintak maaf dengan seorang rakan muka buku merangkap ex bf membe lia jugak. dia telah kembali kerahmatullah 3minggu lepas tak silap,langgar lari!kejam orang yang langgar!!
Yang menyebabkan lia terkilan coz lia banyak kali marah dia sebab dia suka kacau.da adat la kalau dia bosan.kalau lia marah dia,dia akan komen kat status..macam-macam dia buat.nak tergelak pun ada. tapi tu sekarang da tinggal kenangan.tipu la kalau cakap membe-membe lia yang kenal dia tak menangis. dia suka senyum.tu penting.. nie je satu-satu pic yang ada untuk tatapan sahabat yang merinduinya :(


                                       apiz,kami doakan awak tenang di samping maha pencipta

Isnin, 16 Januari 2012

Akhirnya air mata menitis jua d pipi

selama nie depan 'dia' aku masih mampu menutup kesedihan aku tapi apabila
duduk sesorang.air mte aku menitis jua.tak tertahan tengok keadaan dia Ya allah.
Aku tak sekuat tu tanpa dia..
Ya allah,kalau boleh ditukar sakit dia.aku rela mengantikan tempat dia ya allah.
aku betul-betul terluka tengok dia sakit...

                                        AWAK,SAYA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT.
                                          XDE SAPE BOLEY GANTI TEMPAT AWAK:(                                           

Ahad, 15 Januari 2012

Resepi Daging Kicap Masam Manis

Bagi yang suka makan daging,boley lah mempelbagaikan dalam masakan....
Apa kata hari nie rakan-rakan blog mencuba resepi niey iaitu Daging Kicap Masam Manis.

Bahan-Bahan yang diperlukan :

-1/2 mangkuk kecil kicap manis
-sedikit air
-1/2 kilo daging
-sedikit minyak masak
-1sudu sos cili
-1 biji bawang besar
-1 biji limau nipis

Cara menyediakan masakan tersebut :

Perap daging yang telah dipotong kecil bersama kicap manis dan perahan asam
limau nipis selama 15-30 minit.

Rebus daging yang telah diperap dengan sedikit air.

Setelah kering, masukkan sedikit minyak dan goreng sehingga separuh garing.

Masukkan sos cili dan kacau rata.

Dan yang terakhir sekali masukkan hirisan bawang besar.
Kacau dan sedia untuk dihidangkan.

Simple dan Mudah. xperlu beli barang masakan banyak- banyak. save money..hihi

SElamat mencuba :)

Jumaat, 13 Januari 2012

Kek Ais krim :) yummy yummy

Kek nie mase besday sy..hihi


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • BAHAN KEK SPAN*
  • 375 gm Tepung Span Mix
  • 75 gm Air atau Susu Segar
  • 375 gm Telur
  • 1 sudu teh Perasa Vanila
  • 90 gm Minyak Jagung (atau Butter yang dicairkan)
  • BAHAN AIS-KRIM*
  • 3 Biji Telur Kuning
  • 150 gm Susu Segar
  • 30 gm Gula Kastor
  • 150 gm Strawberry Pes (ada jual di kedai bakeri)
  • 300 gm Fresh Cream

Cara-cara

  1. CARA BUAT KEK SPAN*
  2. Putar semua bahan untuk buat kek kecuali minyak jagung, sehingga kembang (dalam 10 minit)
  3. Apabila kembang masukkan minyak sikit2 sambil dikacau menggunakan wisk. kacau sehingga betul2 sebati.
  4. Tuang dalam loyang kek 9" yang dialas dengan kertas minyak. Dengan suhu 175c bakar serlama 45 minit.
  5. CARA BUAT AIS-KRIM*
  6. Masak telur kuning, susu segar dan gula kastor sehingga pekat sedikit dan sejukkan.
  7. Putar Fresh Cream sehingga kental, dan masukkan kedalam bahan yang dimasak tadi
  8. Masukkan juga straberry pes dan kacau sehingga sebati dengan menggunkkan wisk.
  9. CARA NAK BENTUKKAN KEK*
  10. Boleh buat berapa lapis yang kita suka. jika suka ais-krim 2 lapis potong kek kepada 3 lapis.
  11. P1010147
    Masukkan lapisan bawah iaitu kek dalam loyang sepadan, kemudian ratakan ais-krim, lapisan kek semula, ais-krim dan atas sekali adalah lapisan kek.
  12. P1010148
    Simpan kek dalam peti beku lebih kurang 3 jam, tutup dgn plastik wrap. lepas tu boleh di hias dengan butter cream atau fresh cream... sedap tau hehe...

Kek Coklat Moist ^_^ sy suke

Disebabkan sy suke buat n makan kek....jadi nak shre la resepi tersebut...



Ok ni resepi kek coklat cair kukus mudah dan best..
Bahan-bahan kek coklat:
  • 250gm Butter
  • 3/4 cawan gula
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan serbuk kok
  • 1 cawan air atau susu cair
Bahan-bahan coklat cair atau topping
  • 1 sudu marjerin
  • 2-3 sudu susu pekat manis
  • 2-3 sudu serbuk kok
  • sedikit air
Cara buat kek coklat:
  1. 1. Bancuh serbuk kok dan air atau susu cair.
  2. 2. Pukul butter dan tambah gula sehingga kembang.
  3. 3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi.
  4. 4. Masukkan tepung gandum selang-seli dengan bancuhan kok tadi sambil terus memukul.
  5. 5. Kukus 45 minit.
Cara buat coklat cair untuk topping:
  1. 1. Cairkan 1 sudu marjerin.
  2. 2. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko
  3. 3. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
Siap…selepas kek masak, siram kek dengan coklat cair..boleh juga tabur coklat rice jika nak..wahh bestnya…sedap..trylah..

peminta sedekah dipandang rendah!

Geram tengok peruncit sebuah kedai tu menghalau peminta sedekah cam tu je!! macam da xde etika sebagai seorang manusia. tengok peruncit tu besar kecik besar kecik je.xfham la dengan orang kita sekarang.tak boley hormat langsung peminta sedekah.kok ye pon die menganggu anda xperlu menghalau tapi buat la secara pakai 0tak!! kalau k0 kena halau camtu ape k0 rase d0e?malu kan? camtu la dia rasa. menangis dia.aku yang memang jiwa sensiif termenangis jugak...
Aku tengok kental (perasan) dalam hati ade taman d0e..hahaha

Aku kalo nampak sekali lagik peruncit or sape2 la halau pengemis camtu....dengan perasaan tak malu aku
sound... nampak tak B.E.R.P.E.R.I.K.E.M.A.N.U.S.I.A.A.N. sangat!!