Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 12 Januari 2012

T_T takut kehilangan dia

When you love some is nothing, When someone love you is something, when you love someone ad there love at you back is everything.

 Awak, saya sayang sangat kat awak. Saya impikan pelbagai impian yang indah-indah belaka dengan awak. Waktu awak cakap awak cintakan saya, saya rasa macam tak caya. Saya rasa saya beruntung sangat sebab awak jatuh cinta dengan saya. Saya terlalu banyak kelemahan jika nak di bandingkan dengan wanita-wanita lain. Ntah la. Walaupun dah berkali-kali awak tegaskan awak memilih saya kerana saya sangat istimewa di mata awak, namun saya tetap rasa kerdil jika nak dibandingkan dengan awak



Lepas sebulan  kita kenal iaitu pada bulan januari 2011, awak bagi tahu saya awak sukakan saya. Terkejut saya. Saya tak sangka awak pun sukakan saya. Saya memang sukakan awak. Tapi saya takut nak terima awak time tu. Saya takutkan risiko kalau saya kehilangan awak sebab saya terlalu sayangkan awak. Lepas awk yakinkan saya, saya terus terima awak. Saya cintakan awak.

mengelamun sebelum tido... kalau la sy jadi....... sy akan......

selalunya kalau nak tido tu mesti rakan-rakan bl0g memikirkan aktiviti utk esk n ape-ape la yang sewaktu dengannya kan... kalau lia pulak lain cerite nye... nak tido boley lagi berangan..haha
Lia ada satu impian, iaitu nak jadi sukarelawan. ta taw datang dari mana semangat tu dan impian tu. nak cakap lam kalangan family ke, cousin ke jauh panggang dari api.
Lia sukakan budak-budak.but why lia sukakan budak-budak bec0z lia nie anak tunggal.faham-faham je la camana keadaan menjadi anak tunggal nie..hid0p kebosanan.
Lia selalu kerap tengok-tengok aktiviti menjadi sukarelawan di Rumah Orang Tua dan Rumah Anak Yatim.
tapi tu la,nak sangat berbakti kepada insan yang tidak bernasib baik. tapi macam-macam halangan... Lia berazam satu hari nanti lia akan menjadi sukarelawan ^_^

Selasa, 10 Januari 2012

Kesedihan terasa apabila mencoretkan kisah anak yatim

Selama ini lia tak pernah meneroka tentang kehidupan manusia atas bumi nie secara terperinci... maksud lia,orang disekeliling lia . nak dijadikan cerita, secara tak sengaja,lia terimbau kembali semasa lia menjadi sukarelawan  urusetia perkhemahan di sebuah sekolah. lia ingat lagi,pada suatu malam,disebabkan lia ketua urusetia , lia terpaksa membuat rondaan dengan anak buah lia.. semasa lia membuat rondaan di sebuah khemah
perempuan,lia melihat seorang pelajar... dia chubby tapi bagi lia dia baik sebab dia hormat lia sebagai ketua.. lia tengok dia tido d luar khemah tanpa bantal dan selimut.masa tu lia betul-betul terkejut.. yela sape tak terkejut,masa tu jam menunjukkan pukul 3.tido kt luar khemah seorang diri dalam keadaan kesejukan..
lia kejutkan dia.masa tu dia macam susah nak bangun.lia sentuh dahi dia... masa tu lia hanya mampu mengucap panjang.Ya Allah,adik demam ke?kenapa tido kat luar? n nak taw ape adik tu cakap? tadi kawan saya suruh duk kat luar diorg nak kemas barang2 dalam khemah...disebabkan saya sakit kepala,saya tertido kat sni.kak,pkul brpa skarang? masa dia tanya tu, keadaan dia lemah sangat.masa tu lia memang bengang sangat.boleh kawan2 diorang tinggal dia camtu...lia apa lagi... menjerit la.. nampak panggil elok2 sorang kawan pon tak bangun.. masa tu diorang memang gelabah dan malu... mana tak malu,suara lia lantang dan membolehkan semua peserta terbangun! tak pasal-pasal pagi-pagi bute diorang boley ceramah free... lepastu kawan2 dia  ajak masuk tido dalam khemah. masa tu lia terfikir,hina sangat ke orang yang berbadan besar sampai diorang sanggup buat budak tu macam tu!! keesokannya di depan dataran, memang semua peserta di beri amaran!tu la,aniaya membe sendiri. selepas tamat perkhemahan, adik tu kalau jumpa d mana2 sering menegur lia tanpa segan silu.lia betul2 senang dengan cara dia..
DAN malam nie 11/1/2012 baru la lia tahu bahawa adik tu anak yatim yang sudah kematian ibu... lia ada terbace 2 komen yang betul2 menyentuh hati lia dan mengalir airmata tanpa paksaan..
--> mak kite dh xde tp sempat jugak brbakti kt mak walopon skit sblum dye pegi..
-->  .tp **** rse pgorbanan ***** x ckup utk memblas semua pgorbnan mak slme nie..tp ***** dh cuba skdr yg trmampu..:'(
Lia terpikir... besarnya d0sa  budak2 tu aniaya anak yatim macam tu....
Adik,kak doakan adik berjaya dalam spm 2011.buat yang terbaik.kejayaan yang adik dapat tu dapat membahagiakan dan mengembirakan arwah ibu adik di alam sana..kak harap apabila adik berjaya,jgn dilupakan ahli keluarga dan orang yang banyak membantu adik dalam pelajaran... balas la jasa bapa adik...
kak suka tengok senyuman adik.kak tahu adik menutup kesedihan adik.. syabas dik! 

Isnin, 9 Januari 2012

AtAs NAma cinta :)

kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?,ketika kita menangis?,ketika kita membayangkan sesuatu?.Itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT…Ketika kita menemui seseorang yang keunikannya SEIRING dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan kasih sayang.Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan… Tapi ingatlah…melepaskan BUKAN akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari…dan mereka yang telah mencuba. Kerana MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka…
CINTA yang AGUNG, adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya, adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia, adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum seraya berkata ‘Aku turut berbahagia untukmu’.Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKANLAH dirimu…biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. Ingatlah… bahawa kamu mungkin menemui cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya…Orang yang kuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kau buat. TEMAN SEJATI… mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa..’, menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’. Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’. Membuka pintu meski kamu BELUM menutup dan berkata ‘bolehkah saya masuk?’.
 
MENCINTAI… BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN. BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu MENGERTI. BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu RASAKAN. BUKANlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu BERTAHAN. Lebih bahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang. Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang.. Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang…LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri.
Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita, MELAINKAN karena kita menyadari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahawa melepaskan SELALU bererti kamu benar-benar mencintai.MELAINKAN… BERJUANGLAH demi cintamu. Itulah CINTA SEJATI. Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang ‘yang tersedia’. Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.

Ahad, 8 Januari 2012

Redha itu ikhlas

08.01.2012 .......
tarikh dimana ulang tahun kelahiran arwah. betul la orang cakap,apabila 
kita kehilangan orang yang kita sayang,baru la kita tahu bahawa kita amat memerlukan dia dalam
hidup kita.tapi apa kan daya,yang telah pergi tak kan kembali...
menangislah air mata darah sekalipun,dirinya tidak akan kembali.

awak,
selamat hari lahir yang ke 23 tahun...
semoga roh awak sentiasa dicucuri rahmat...
perginya awk meninggalkan 1001 duka dihati ini.
tipu lah kalau saya cakap saya tak rindu awak, tak terbayang awak..
awak nak tahu tak? sejak awak pergi kan,tiada tempat saya nak curahkan semua suka duka saya.dulu, ye... awak ada d sisi saya. sesibuk mana pon awak dengan gf awak.awak tetap ada masa untuk saya. saya nak sangat pergi ke pusara awk tapi.....
saya tak sanggup menerima hakikat awak da takde kat dunia ni. 
awak,saya selalu sakit sekarang... tapi selepas berubat secara islam di 'Darul Syifa', keadaan saya kembali pulih walaupun tak seaktif dulu..
saya cuba bangun dari sebuah kegagalan dan kesakitan tapi kuat lagi sakit dan derita yang saya tanggung.
awak,walaupun awak da xde,  nasihat awak tetap sy pegang. dulu saya sentiasa buat muka dan awak cakap,awak nak tengok saya senyum... saya cuba sedaya saya tersenyum d depan semua orang tapi saya tak mampu tipu diri saya bahawa saya dalam kesedihan,derita dan kesakitan.... 
awak,saya tak mampu nak tulis macam-macam...
saya hanya mampu berdoa agar awak tenang di sana..

AL-FATIHAH
SHAHRIL PUTRA BIN SARWANI
08.01.1990-13.2.2010
9.30 PM
kemalangan jalan raya

Sabtu, 7 Januari 2012

Berkesempatan menemui parents.... 28/ 12 - 2/ 1 /2012

28 / 12 / 2011

Lia pulang ke tempat kelahiran lia di 'PELABUHAN KLANG,SELANGOR'..
walaupun masa yang diambil terlalu singkat untuk menemui parents tersayang.
itu da cukup membahagiakan lia dan melepaskan rindu lia pada parents lia walaupun cuti yang diambil terlalu singkat....

29 / 12 / 2011

Lia hanya tinggal kat rumah sorang-sorang sebab semua orang keluar bekerja.
masa tu la lia ambik peluang membuka album lia masa lia kecik2... dibawah nie lia kongsikan beberapa keping pic yang buat li tersenyum sesorang....
                                                                nie lia dengan abah
         semasa pic ni diambil,lia bru lepas nangis.. pic nie d ambl kt ngri 9 rumh fmly angkt
               pic ni kalau rkan2 blogger nk taw,skeping ni la pic lia dgn arwah atok sebelah abh...
                  lia pnggl beliau ' tok ayah'... lia cucu ppuan yg bongsu.. jd manja la skit :)
                                                    pic nie semasa besday lia :)

30/ 12 /2011
Lia ikut uncle lia p'gi KL ambil ank n wife dia..klau korang nak taw,
uncle lia nie tnggal dengan parents lia beserta wife n anak dia.xla sunyi parents lia, klau lia xde sane...
malam pulak, Lia ikut parents pergi 'DARUL SYIFA' iaitu pusat perubatan islam untuk mengubati lia..
sebab da banyak tempat pergi utk berubat,keadaan lia makin teruk...kalau tengok luaran tak kn nmpak
kesakitan dan penderitaan lia.selepas pergi darul syifa, kesihatan lia semakin baik.. dsini xdpat lia kongsikan penyakit yang liya alami tu.

31 / 12 /2011
Bulan dan tahun terakhir 2011....
aktiviti hari tersebut adalah ada majlis kenduri kahwin cousin... selepas selesai semua.abah ajak lia 'shopping' almaklum lah, jualan akhir tahun,harga brang yang mahal pon boley jd murah... disebabkan mama lia x ikut, masa tu la,abah lia dapat membeli barang yang dia suka... abah beli beg bagasi sebab beliau akn ke 'BANDUNG,INDONESIA' dan lia pula beli dompet pol0 sebagai hdiah besday "my love' n handbeg untuk 'bakal mak mertua'...hehe.. abah belikan lia baju sehelai..
Malam tu kitorang sambut tahun baru... kat bawah ade beberapa keping gambar untuk rakan blog mencuci mata... :)
nie wife uncle lia 

yg ppuan tu mama lia,dia tgh bncg pasal kesihatan

itulah yang lia paparkan... esok lia sambung aktvti lia d tmpt kelahiran lia... :)

04.01.2012

Abg, tiada kata seindah bahasa yang mampu lia katakan dan tiada puisi puitis yang boleh lia titipkan melainkan ucapan SELAMAT HARI LAHIR ABG. Pejam celik pejam celik usia kita sudah berada di awal 20 an dan begitu cepat masa berlalu serta hubungan kita semakin meningkat usianya.
Abg,
Saat aku mengenalimu
engkau juga semangatku.
masa itu berjalan terus
tidak berundur walaupun sedetik
menghayati detik masa yang berlalu
pastinya kita harus menghargainya.
atas nama sebuah hubungan
semoga kita terus diberkati.

Abg,
Andai diberi bintang beribu
Andai dihadiahkan intan dan permata
Aku hanya memilih dirimu
tiada dua, tiga dan empat
hanya dirimu seorang dalam hatiku.
Akhir kata buat abg yang lia cintai dan sayangi, SELAMAT HARI LAHIR yang ke 20 semoga tahun ini akan terus memberikan kita seribu makna.
Selagi jasad ini bernafas selagi itu cinta lia pada abg akan bersama, walaupun tiada harta yang berjuta untuk lia hadiahkan pada abg tetapi hanya diri abg dalam hati ini sebagai kekasih yang pertama dan terakhir itu pasti.