Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 1 November 2012

hakikat

Kehidupan banyak mengajar aku erti sebuah kesabaran , kepercayaan , kejujuran , kesetiaan dan paling perit adalah sebuah kelukaan. tiada seorang pun yang mahu hatinya dilukai. tapi apa kan daya , itu adalah lumrah sebuah kehidupan.
Hidup ni ibarat sebuah roda. suatu masa kita berada diatas dan pada masa kita berada dibawah.  Dengan sebuah kelukaan aku belajar menjadi seorang yang tabah. aku tahu pada hakikat dan realiti aku memang tak sekuat orang lain tapi tak perlulah nak tunjuk kat orang yang kita ni sebenarnya lemah. Aku belajar dari sebuah kesilapan dan aku tanamkan satu "impian". impian aku adalah nak tengok orang yang aku sayang bahagia walaupun tidak dengan aku. sebab aku tahu , aku tak mampu bahagiakan sesiapa termasuk family ku sendiri. 

Dulu, aku selalu salahkan takdir. tapi kalau difikirkan secara positif, itu salah aku sendiri. aku tak suka salahkan orang lain. Biar lah setiap kelukaan dan keperitan tu aku tanggung seorang diri. aku dah terlalu lali dengan sebuah kelukaan. aku belajar untuk setia tapi dikhianati... jadi aku ambil langkah selamat iaitu dengan berdiam diri... mungkin itu yang terbaik untuk aku?

Selasa, 10 April 2012

C!nta 3 SeG!

ape tu cinte 3 segi ?? aku pon x taw ape makne nye tp boleh dikate kan perasaan sayang + suke + cinta yang hadir dalam diri sesorang tu x kire ar pompuan or laki .. boleh dikate kan si A + si B + si C 
wah !!! mesti best an klo de orang yg hadir dalam hidup kite .. an nak kite jd pasngan hdup diorang .. tp secare hakikat nye .. CINTE hanya lah 1 kite terpakse pilih antare c A + c B ???
 SUSAH ??? mmg susah tp kite kena bijak mbuat pilihan yg sewajar nye agar x terlepas drpd memilh sesorg yg sempurna dan memilh sesorg yg smpurna dr luaran ttp ddlmnye eish2 hanye tuhan saje yg taw bertape hodoh nye pangai eyy !! haha ..

bg presepsi seorg permpuan apbile mghadpi situasi CINTA 3 SEGI NI ??? hmm scre jujur nye ?? oke diorang susah sngt nak wat pilihan secara zahirnye prempuan ni mmg mudah jatuh cinte..x kesah lah sekasar mne pon die tp dalam hati ada tamn .. tol ke ??

hmm mmg susah untk memilh yg terbaik drpd yg terbaik kan ?? lg2 lelki.. ++ dpn kite mmg baik tp blakang2 die kutuk kite cm2 or ade pompuan lain .. lelaki ni pandai mengayat awek ea dgn ayat2 busuk diorang tu !! then bg ar ape pompuan tu nak last2 die just nak men2 kan kite !! vavi !! huh lg satu pangai laki ni suke pure2 .. janji mcm2 kat kite .. g jumpe nan parents kite ... pehhhh.. punye lah baik budi bhase nye bijak gajah pon x mampuih !! haha sampai lah parents si awek ni dah suke bona nan laki ni tp scre hakikt nye laki ni just nak men2 kan je pompuan ni .. pandai lah konon amik hati family awek !! haktuuuiiiii !!! bengong ..
haha +++ ..

Rabu, 28 Mac 2012

TerLuka

Jika luka d tangan kita boleh nmpak, kita boleh jumpa doktor utk dpatkan rawatan, boleh mkan ubat & boleh sapu krim utk menghilangkan parutnya. Tpi luka di hati…takde siape yg tahu biar sepedih mane sekali pun.. ianya tersimpul mati dihati kita. Kita yg merasakan pedihnya, kite lah juga yang merasakan peritnya & x dpt zahirkn dgn kata-kata.

Kelukaan yg lahir bersama kekecewaan hanya akan dapat dizahirkan oleh airmata kerana airmata adalah teman setia dan airmata jugalah yang dapat melegakan segala kelukaan walaupun untuk seketika....... ^__^

Ahad, 4 Mac 2012

Kisah Seorang Ibu

Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang
lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam
blog ni.

Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.


Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.


Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”


Ibuku hanya berdiam diri!!!


Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya…


Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.


Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…


Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!


Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…


…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!

REDHA ^_^

Kata orang, ini ayat untuk orang patah hati. Untuk pujuk hati agar pasrah dan berserah.

"Redha itu ikhlas, pasrah itu berserah" kata lisa surihani dalam ombak rindu. (sebenarnya itu ayat Fauziah Ashari lah kan, penulisnya. Lisa yang dapat nama)

Ayat ini juga, mengajar orang bersabar dan bersyukur.


"Ada isi hati perlu dikongsi, Ada isi hati perlu diperjelas, 
ada isi hati perlu diberitahu, ada isi hati perlu disembunyi.
Ibrahnya, bila mulut seolah terkunci,Allah juga sebaik-baik Pendengar"

Sabtu, 3 Mac 2012

Seandainya dia tahu

seharusnya dia lebih mengerti ertinya kasih,
seharusnya ia tahu ertinya sayang,
seharusnya dia tahu hati merindu,
seharusnya dia menghargai diriku,
kerana aku amat menyayanginya,
dialah yang satu buatku,
kesetiaanku jadi taruhan,
hanya kerana dia insan teristimewa.....
cinta...mampu membuatku rasa bahagia
cinta...juga mampu membuatku rasa merana
cinta...hadirnya tidak pernah di undang
cinta...perginya juga tidak pernah di pinta
bagaimana harus ku pertahankan cinta...
jika ia akan terus berlalu tanpa memandang simpati kepadaku
yang mendambakannya....ah..biar, biar cinta itu terus berlalu...
agar cinta sejatiku boleh muncul... agar aku dapat merasakan betapa hangatnya cinta sejatiku itu...
Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."

Jumaat, 2 Mac 2012

^_^

Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...

Kebahagiaan sudah bersamanya. Itulah kenyataan yang harus aku terima. Cuma yang pahit untukku telan... dia bersama dengan orang yang suatu ketika dahulu pernah menyakiti hatinya. Bukan mengungkit segala apa yang aku lakukan cuma aku sedikit terkilan. Waktu bersamaku dia bagaikan insan yang begitu sedih bila cintanya ditolak sedemikin rupa. Padaku, dia menceritakan segalanya, menghumbankan rasa kecewa dn amarahnya. Lantas, padaku juga dia lakukan benda serupa... Sampai hati awak... Sedangkan awak tahu untuk bina bahagia dari kekecewaan adalah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan. Hanya yang tabah dan cekal saja mampu melakukan itu. Tapi aku tidak tabah... aku tak kuat... sampaikan kadang-kadang aku menyumpah diriku kerana menyayangimu... bodohnya aku....

Rabu, 29 Februari 2012

seribu kemaafan

Andai saya pergi dahulu..abah & mama

Maafkan saya..ampuni dosa saya..redhailah hidup dan apa yang telah saya lakukan.Halalkan makan minum saya..maaf kerana tidak sempat menunaikan janji dan tidak sempat membalas jasa kalian.Jika saya hidup 1000 tahun pun masih tidak mencukupi untuk membalasnya.Terima kasih kerana mendidik saya menjadi manusia.Terima kasih kerana memberi pelajaran kepada saya.Terima kasih kerana mengajar saya untuk menempuh kehidupan ini dan terima kasih kerana menyayangi saya.

 Andai saya pergi dahulu sahabat2ku

Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik untukku.Terima kasih kerana banyak menegurku.Terima kasih kerana banyak mengajar aku erti perjuangan.Teruskan perjuangan kalian.Terasa amat singkat merasakan nikmat berjuang bersama kalian.Teruskan perjuangan ini yang banyak memberi kesedaran kepada orang lain dan diri kita sendiri.Maafkan aku atas segalanya

Andai saya pergi dahulu...maafkan saya atas segalanya
Wassalam

Isnin, 27 Februari 2012

Tol0ng jangan Pandang REndah kat aku b0ley x??

Bila aku down, aku malas nak fikir hati orang. Hmm.. What do you expect from me actually? When u don’t pay your respest to elders, do you expect me to respect you?
Ni lah manusia akhir zaman. Aku tak cakap pasal kau. Tapi kalau dah terasa tu tak boleh buat apa lah. I need a freedom to talk. To express what I felt about.
Bila kita rasa kita betul, tak semestinya orang lain tu salah.
Bila kita rasa kita baik, bukan maksudnya orang keliling kita semua tak baik.
Bila kita rasa kita bagus, kita hebat. Ramai lagi manusia dalam dunia lagi bagus, lagi hebat.
Nak menegur orang ada caranya.
Bila kita sendiri tak hormat, tak jaga hati orang. Don’t expect people would pay their respect on you.
Jangan sebab kita ‘tinggi’, kita boleh pandang rendah dekat orang lain.
Jangan sebab kita ‘tinggi’, kita boleh layan orang lain macam anjing.
Jangan sebab kita ‘tinggi’, kita tak payah hormat orang lain.
Guys, hidup ni macam roda. Its all bout karma.
Sekarang ni Allah bayar cash je!
Kalau kita buat orang, tak lama tu kita dapat balik.
Hidup ni jangan sombong!
Ilmu yang ada tu, jangan nak sombong sangat.
Bukan ilmu je. Apa pun yang kita ada sekarang ni, tu semua milik Allah.
Allah bagi pinjam je.

Sabtu, 25 Februari 2012

Ratapan Seorang Ibu Tua..



Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.

Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro.

Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini.

Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka.

Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan.

“Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.

Khamis, 23 Februari 2012

Kek Coklat Kukus ^__^

Resepi Kek Coklat
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak (boleh ganti dengan buttercup)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur

Hiasan Kek
1 bar coklat masakan
Coklat rice/atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek

Cara-cara masakan;
1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.
2) Sementara tunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan ambil 2 biji telur dan dipukul sehingga kembang.
2) Coklat, gandum, gula, serbuk penaik dan soda bikarbonat digaul sekali.
3) Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
4) Campur adunan di dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
5) Kacau sehingga sebati.
7) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin dan masukkan adunan kek yang sudah sebati.
8 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.
9) Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek.
10) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.

 Lia xcuba lagi, nanti lia da cuba..lia shre pic ^_^

Apam c0mel ^_^


Nak resepi tak?
senang,mudah dan jimat...

Bahan yang diperlukan ialah

-Tepung gandum 3 1/2cawan
- 3biji telur (mestilah sejuk )
-220 gm gula               
-150 ml susu segar kotak yg rm1.50 tu
-3 sudu kecil baking powder 
-1 sudu kecil Ovalate (colour oren)
Filling * jem 
pewarna

Cara membuatnya ialah :

pukul semua bahan diatas kecuali *filling & pewarna hingga kembang...
bahagikan kepada beberapa bahagian doh yg da kembang
masukkan dalam piping bag
masukkan 1/2 doh kedalam cup kecik yg comel
masukkan filling * jem 
masukkan separuh lagi doh 
untuk membuat tompok2 yg comel
ambil sedikit pewarna,titikkan diatas doh yg berada di dalam cup tersebut sedikit demi sedikit..
selepas comel jadinya,korang boleh la mengukus apam tersebut selama 10-15 minit..

mudahkan! selamat mencuba....
Lia da buat,korang bila lagi nak cuba ^__^ 




Selasa, 14 Februari 2012

Sebuah kenangan

setiap orang pasti pernah melalui satu detik hidup yang ada ketika manis ada ketika pahit.Namun,dalam banyak-banyak kenangan pasti ada satu yang benar-benar menggugat jiwa.mungkin kerana terlalu indah atau terlalu buruk mungkin kerna terlalu gembira atau terlalu sedih. betapa indah dan betapa uniknya jalan hidup ini..kadang2 gembira kadang2 sedih..

Kataorang,                                                                                                                                                                   "Hidup ni takkan indah kalau selalu yang indah-indah saja datang,sekali-sekala kena ada jugak rasa pahit untuk jadikan kita lebih menghargai sebuah kehidupan.    

menghargai sebuah kehidupan? mungkin ada yg tidak setuju mana mungkin kenangan pahit buatkan kita hargai kehidupan? bahkan kita makin benci pada hidup ini.mungkin pada mulanya akan terbit rasa benci kerana hati menguasai diri namun,bila akal mampu berfikir waras..kita akan mula menyedari..kita mula mengerti..hakikat sebuah kehidupan..harga sebuah kenangan..kemudian kita akan mula menghargai sebuah kehidupan..penghargaan adalah hadiah terbaik buat satu kenangan..biar pahit mana pun sebuah kenangan itu, cubalah untuk hargainya..kerna kita adalah insan yg terpilih untuk melaluinya kita insan terpilih untuk merasainya dan kita insan terpilih untuk mrasa erti sebuah kehidupan..memang sakit..memang sakit untuk menahan perasaan itu..hanya yang kuat mampu melaluinya...hanya yang kuat yang mampu bertahan..bangun dan kembalilah berjalan walau ramai yg mengalah..menangisi sebuah kepahitan bukanlah kesalahan..tapi haruslah sekadarnya..air mata itu bukan untuk yang lampau..sekalipun kau pertaruhkan nyawamu mana mungkin kau dapat ubah apa yg telah berlaku..semuanya telah menjadi kenangan..


Menangisi sebuah perkara yang tak pasti hanya merosakkan jiwa.Membiarkan diri dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal.



mengapa biarkan dirimu tenggelam dalam tangisan?..tenggelam dalam sebuah kenangan..? bangkitlah kembali wahai diri wahai saudaraku..bukan selamanya kau sedih..bukan selamanya kau dipinggir.


'Kejatuhan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya...'


kau akan melangkah gagah dalam menyambung perjuangan itu..langkahmu makin laju..sampai satu detik kau menjadi diri yang lain..mungkin kerna kau terlalu rasa sedih dgn diri yang lama atau kau benar-benar merasa inilah yang terbaik..namun,kau sudah terlupa..menjadi diri makin ego dan sombong bukanlah penyelesaiannya..kerna kau hanya berlakon dalam drama yang tercipta..kau menjadi lupa diri..kau kelihatan gembira tapi hatimu merana..

'Kalau suatu hari nanti,kita rasa lupa diri,kita rasa sombong ke....dan macam-macam rasa,cubalah pergi kat tempat yang ada seribu satu kenangan buat kita.Nanti pasti kita sedar semula,dan kita jadi 'diri' kita semula....' 
-DR HM TUAh

saat itu,kau pasti akan menemui dirimu kembali..kau mula menyedari..jadi dirimu adalah perkara yg terbaik..tidak perlu menipu diri..kerinduan itu pasti hadir..apa salahnya jika terkadang rasa sedih atau rindu pada kenangan itu?

Hukama' pernah berkata,'Jangan kau salahkan orang merindu dengan kerinduannya,sehingga kau mampu menyelami jiwanya


kita hanya insan yang lemah..janganlah kau salahkan diri mu andai perasaan itu hadir..hatimu terlalu senang untuk mengingatinya..hatimu terlalu gembira untuk merasainya..kau alirkan tangismu kerana kerinduan pada sebuah kenangan..kemudian kau gantikannya dengan sebuah penghargaan..kerna itulah yang selayaknya..namun,jika kau terus menangisinya..kau hanyalah menyeksa jiwamu..kerna ingatlah tatkala kau sedang merintih tentang kesedihanmu,dlm masa yg sama ada jua insan lain ug merintih terhadap kesedihannya..jika kau merasa keseorangan..jika kau merasa hanya dirimu yang melaluinya dan mereka disekelilingmu tdk memahami kesedihanmu..maka ingatlah..



di satu sudut bumi ini..Allah telah ciptakan seorang insan yang mengalami apa yang kau alami..yang merasai apa yg kau rasakan..yang menangisi apa yg kau tangiskan..dia jua sepertimu..berusaha untuk truskan perjalanan ini..berusaha untuk menjadi sekuat mungkin..kembali menggantung harapan dan cita-cita baru..kembali merangkak mengutip semangat-semangat yg telah hilang..semangat yg tlh hilang bersama kenangan..kau mula percaya..jgn gantungkan semangat pada manusia,pada kehidupan,gantungkan ia pada yg Esa..kerana jika kau gantungkan semangatmu pada benda yang tidak kekal abadi,semangtmu akan hilang terkubur bersamanya..tapi,jika kau letakkan semangatmu bersama yg Abadi,semangatmu tidak akan pernah pudar dan tidak akan terkubur..bahkan jika sekalipun jasadmu terkubur..semangatmu pasti akan kekal hidup...
buat saudara muslimku, dirimu tidak keseorangan. aku jua alami apa yg kamu alami.aku jau rasakan apa yg kau rasai.aku jua merintih apa yg kau rintihkan.dan aku jua sedang kembali berjalan setelah jatuh..kembali mengutip semangat..aku akui..yg lampau itu sakit..tangisku tiada sudahnya hingga kini..rinduku pd kenangan itu kdg2 menerpa diriku..aku jua sepertimu..mmpu mengalirkan tangisan tapi kita mampu untuk bangkit kembali..kita mampu untuk menjadi insan yang berguna..kerna percayalah..kita insan terpilih..Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan ujian yg tidak mampu ditanggungi hambaNya..percayalah,kita mampu menjadi insan yg lebih baik..terima kasih kenangan. kerna kamu,kami makin matang .kami makin kuat. kami menangisi pemergianmu tapi kami akan selalu hiasimu dengan penghargaan..kamu bukan musuh kami...bahkan kamu menjadi guru kami..kami akan sentiasa merinduimu dan menghargaimu..kerna kamu pernah hadir dalam hidup kami..kamu pernah menceriakan hari kami..kamu pernah menjadi sebahagian dari hidup kami..walaupun kami sedih melepaskanmu..bukan kerna kau melupakan kami akan tetapi kami mula sedari melepaskan mu adalah perkara yg terbaik wahai kenangan..selamat tinggal kenangan,kami meredhaimu .. :-)

Perginya Dia Buat Selama-lamanya

"yg pergi takkan kembali lagi"
seyesly menitis air mata tatkala mengingat kisah ni..
tatkala semue org sdang bergembira...
aq sorg je yg mngenang dri yg sudh khlngn sahabt yg sngt aku syg..
di usia yg maseh muda die tlh pergi mgadap ilahi pde 13/2/2010 disebabkn kemalngan yg aq sendri xpnh jgke yg aq akn khilngn die bt slme-lmenye..
aq berdepan dengan sebuah kehilangan yg takkan datang kembali
bile hilang insan yg kita sayang
tak kira la same ade family atau insan-insan yg kita sayang
tak tau bagaimana rase nya
hanya aq insan yg penah rase kehilangan akan mengerti
tapi percaya la
ALLAH SEDANG MENGUJI KITA DAN DIA TAHU HAMBANYA KUAT UNTUK MENGHDAPI UJIAN DARINYA
apa pom aq dapat terima hakikat yg arwah da pergi menghadap ILAHI
dan tidak akan kembali lagi walaupn sukar bg aq.
memang susah nak terima
~kepada insan diluar sana~
hargailah insan yg kita sayang selagi die berada disisi kita
setialah dan jagalah hati nya
sesungguhnya kehilangan adalah amat pahit untuk diterima


Ahad, 12 Februari 2012

Sy Nak!!

Dari Kecil Lagi Lia dibesarkan dengan Teddy Bear. Bagi Lia Cik Teddy Bear Dapat mententeramkan Lia apabila dalam keadaan sedih , Bersendirian ataupun ketika dalam ketakutan. Sebab tu Lia sayang sangat teddy bear Lia....
Berniat nak kumpul duit, Beli Bear yg size XL satu lagi.... wink wink ****


  Tu cik Teddy yg besau punye... ade orang bg... Lia namekan cik teddy " buncit" sebab perut die boley muat kple kita..he3....

DIAM membawa seribu erti

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM…

Jumaat, 10 Februari 2012

JikA iNdAh sAtU pErTeMuAn jgN AkHiri dgN pErPiSaHaN,jikA sUCi sAtU pErKeNaLaN JgN cEmAri dgN pEnDuStAan,jikA bErNilAi SeBuAh PeRhUbUnGaN,hArgAiLah iA dgN kEikhLAsaN....


Ahad, 5 Februari 2012

I'm Not Prefect ^_^


Saya tak sempurna. saya hanya insan biasa yang akan buat kesilapan dan akan perbetulkan mana yang salah. Saya cuba jadi yang terbaik tapi ada juga yang tersalah langkah. Tak semestinya yang kira lakukan akan diterima oleh orang lain dan sebaliknya. Different people have different wants and needs. I'm just normal human being who made mistakes. I made a mistake, people made mistakes. So it is normal right. Tapi yang tak leh blah, ko salah pastu nak tuduh-tuduh orang plak. Langsung tak gentleman la der. Ubah sikit perangai leh tak? Time suka-suka boleh la plak kan? Tapi bila dah dapat tau ada silap langsung tak tolong orang, nak coverline untuk diri sendiri je.

Saya tak sempurna dan saya insan biasa. I had tried my best. I did all out but it wasn't enough. More and more efforts i need to do so that my result become gempak! I won't let my tears down my spirit to be success in my life. Everyone wants to be a very successful person because they will got the position, tittle and well-known. I just want to make my parents so proud with my achievement. Thats all... 



Ya Allah...
"Hamba-Mu ini tidak sempurna
Sering melakukan kesilapan dan dosa
Sering menjauh dari-Mu di kala aku gembira
Sering mengeluh bila ditimpa bencana mehupun kesusahan
dan...
Sering lupa mengucapkan kata-kata syukur pada-Mu"

"kekadang hati merintih derita, jiwa menangis sedih,
akal mengeluh letih..namun hakikat hidup takkan berubah,
yg perlu berubah adalah diri yang menghadapinya..
hati memilih jalan,
akal memulakan langkah dan
iman meluruskan arah..
moga kasih Allah sentiasa bersama kamu.."

" tika titis air mata jatuh ke bumi,
biarlah hanya Allah yang mengetahui,
kerana DIA sahaja penyembuh luka,
pemberi bahagia pada hati&naluri.
sedikit yang bermanfaat lebih baik drpd banyak yg melalaikan.
ujian Allah datang kerana kasihNYA
pada hambaNYA agar iman terus meningkat, hati semakin mendekat,
dan jiwa menjadi lebih akrab denganNYA.."

"adakalanya kita perlu MENANGIS agar
kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA.
adakalanya kita perlu SEDIH agr
kita tahu mahalnya nilai air mata..
bersyukur pada org yang MENYAKITIMU
kerana dia yg MENABAHKAN kamu..
bersyukur kepada org yg yg X MENGENDAHKANmu
kerana dialah yg mgajar kamu BERDIKARI..
besyukur pada org yg MENJATUHKANmu
kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuanmu..
bersyukur pada org yg MENYIKSAmu
kerana dia yg menguji KESABARAN dan KETABAHAN
hatimu"

"Wahai Rabbi, Jika aku sujud kepadaMu kerana gerun dengan api nerakaMu, Maka bakarlah aku didalamnya. Dan jika aku sujud kepadaMu kerana tamakkan syurgaMu, Maka halanglah aku daripadanya. Tetapi jika aku sujud kepadaMu kerana kecintaanku kepadaMu, Maka kurniakanlah aku balasan yang besar. Izinkanlah aku melihat wajahMu Yang Maha Agung dan Mulia itu..."
 
 

Ketika Hati Menangis .......

kita selalu sahaja mengharap yang terbaik dalam hidup kita
cuma kadangkala kita lupa ketentuan olehNya lebih berkuasa dari perancangan yang kita lakukan
mungkin ini yang terbaik.

 Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…