Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 19 Ogos 2011

kenapa manusia busuk hati?

satu persoalan: Kenapa Manusia Busuk Hati? Kenapa Tak Boleh Tengok Orang Senang Sikit? haihhh. Aku jarang nak marah-marah kat blog. Susah sangat kan nak tengok aku mengumpat orang kat blog. Bukan apa, aku tak suke tunjukkan kemarahan aku kat blog. Nanti visitor takut nak baca woo.hehe.

Sebenarnya aku tengah ada masalah besar yang tak berapa besar la: Manusia Yang Tak Senang Tengok Aku Senang Hati. Manusia Yang Tak Senang Akan Kehadiran Aku. Manusia tersebut aku gelar SETAN.


Ceritanya begini-begitu la; Aku tak buat apa-apa salah or benda yang menyakitkan hati orang tapi kenapa mesti cari salah aku? Salah aku yang hanya sekecil kuman. Yela kan. Manusia yang busuk hati mana leh tengok orang yang dia MENYAMPAH senang hati. Aku ok je kalau SETAN tu MENYAMPAH dengan aku. Jadi manusia kan ada orang suke, ada orang tak suke. Itu lumrah sebagai seorang manusia beb.

Bila aku dah duduk diam-diam dia masih nak cari pasal dengan aku. Takat pasal benda kecik je dia nak kecoh-kecoh kasi besarkan seolah-olah dia hukum aku macam aku dah buat jenayah besar. Alahai. Sedar la diri tu dah tua, tak kan nak cari pasal dengan budak macam aku. Budak hingusan je pun aku ni.

Kalau rasa diri tu perfect sangat dan selalu betul dalam semua hal kenapa nak lari bila nampak aku? BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH. Sebab takut aku serang ko depan-depan ye? Memang aku nak bagi penyepak bila tengok muka ko yang tak cun tu.haihhh. Lagi satu, kalau nak marah, MARAH la depan-depan. Tak payah la nak hantar macam-macam kat aku tunjuk tanda marah ko. Memang AKU TAK LAYAN.

Opsss. Lupa. Makin aku tak layan kereneh ko yang macam budak tapi umur TUA tu makin ko sakit hati kan. Tu yang aku nak. Tak kan la ko nak tiap-tiap hari hidup dalam kebencian dan kemarahan? Tak berkat hidup ko langsung. Yang tak tahannya benda kecik pun nak ko pertikaikan. Tak macam budak-budak ke tu? SEDAR-SEDAR la ko DAH TUA. Tunggu masuk kubur je. Pahala yang ko buat banyak sangat ke? Dah konfem masuk SYURGA?

Aku dah siap mintak maaf dah kat ko segala masalah yang aku bawak kat ko dulu. Tapi ko neh bukan seorang yang pemaaf rupanya ye. Chill la. Masalah aku neh dah lama dah terjadi. Baru neh nak meletup bila dah tak dapat tahan. Lantak la kalau ko terbaca ke apa. Sebab ini la hakikatnya yang terjadi. Hakikat yang KAU MEMANG BUSUK HATI. TAK BOLEH TENGOK AKU SENANG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan