Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 2 Mei 2011

BILA LELAKI JATUH CINTA

Bila Lelaki Jatuh Cinta

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.
Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama..
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting
dengannya .
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya ..
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang
perempuan .
Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…. cintailah lelaki...hehehehe

KASIH IBU SAMPAI KE AKHIR HAYAT

Kepada yang masih punya ibubapa/ ibubapa mertua.. Gunakanlah peluang kedua sebaik-baiknya. Semuga hidup kita diberkati. Amin..





*********************************************





''Ampunkan dosa saya kerana abaikan ibu!"








KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga. Demikian besarnya martabat seorang ibu. Amatlah berdosa jika kita sebagai anak mengabaikan mereka, seperti mana kemelut yang dilalui oleh Adi (bukan nama sebenar) yang berasal dari utara tanah air.








Kata Adi, dia terpanggil menulis untuk berkongsi pengalamannya setelah membaca kisah yang disiarkan dalam ruangan ini pada 17 Ogos lalu mengenai kehidupan seorang ibu yang terbiar.


Kehadiran surat Adi berkongsi rasa dengan pembaca amat saya sanjung tinggi. Kisah Adi akan menjadi teladan buat diri saya serta pembaca agar menghargai ibu juga bapa kerana mereka satu-satunya harta paling berharga yang tiada tandingannya di dunia ini.








Begini kisah Adi: "Ibu saya berumur lingkungan 70-an dan saya pula 40-an. Saya anak sulung dalam adik-beradik seramai lima orang. Telah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. "Saya juga mempunyai kerjaya yang stabil dan telah dua kali mendapat anugerah khidmat cemerlang. Memang saya sangat komited terhadap tugas, malangnya saya kurang komited terhadap ibu saya sendiri.








"Bapa saya telah meninggal dunia 17 tahun yang lepas dan sejak itu ibu tinggal seorang diri di rumah pusaka arwah bapa di kampung. "Pada masa itu saya bertugas jauh dari kampung. Atas rasa tanggungjawab ke atas ibu, saya telah berusaha untuk bertukar ke daerah yang hampir dengan rumah ibu untuk menjaganya. "Isteri saya juga bekerja. Tapi dia dilahir dan dibesarkan di bandar, manakala saya merupakan anak kampung sejati. "Seperti biasa bila orang bandar kahwin dengan orang kampung tentu mengambil masa untuk serasi terutama bab kehidupan di kampung. Isteri kekok dengan persekitaran kampung yang serba-serbi kekurangan. "Bagaimanapun, saya telah berjaya memujuk isteri untuk mengikut saya tinggal di kampung dengan janji saya akan membina rumah baru yang serba moden dan lengkap berdekatan rumah ibu saya.








"Alhamdulillah, hajat kami bertukar ke kampung dimakbulkan Tuhan selepas dua tahun bapa saya kembali menghadap Ilahi. Seperti yang saya janji, sebuah rumah baru dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa yang jaraknya hanya 200 meter sahaja dari rumah ibu. "Disebabkan kesibukan bekerja serta mengurus persekolahan anak-anak, saya tidak ada masa untuk menjenguk ibu. Hajat saya menjaganya seperti rancangan asal berpindah ke kampung tidak sempat saya laksanakan. Ibu tetap keseorangan. "Kalau pergi pun, seorang diri, isteri dan anak-anak kurang gemar ke sana alasannya, rumah nenek kotor dan berbau. Maklumlah rumah kampung.








"Bayangkan setelah 10 tahun menetap di kampung, isteri hanya menjenguk ibu saya sebanyak lima kali, itupun sekadar berdiri di muka pintu bertanya khabar. "Nak masuk rumah dan minum, maaf lah! Alasannya tangan ibu saya tidak bersih, cawan masih melekat sabun, pinggan berbau hanyir dan macam-macam lagi. Apa lagi nak harapkan isteri tolong mengemas rumah ibu, jauh panggang dari api. Sebenarnya saya pun sama, merasa jijik dengan ibu sendiri, memang


jika saya ke rumah ibu saya akan mengelak daripada minum dengan alasan sudah minum. Saya terikut-ikut perangai isteri saya yang jijik.








"Namun Tuhan Maha Berkuasa, dua tahun lepas saya telah diserang sakit jantung akibat perangai anak-anak. Yang lelaki terlibat dengan pergaduhan di sekolah, yang perempuan pula sangat lembap dalam pelajaran. Anak-anak yang dua lagi biasa-biasa sahaja tapi tetap ada masalah. Pendek kata tidak ada yang boleh dibanggakan sedangkan saya telah banyak menghabiskan wang ringgit dan masa menghantar mereka tuisyen sejak mereka di tahun tiga lagi.








"Kebanyakan masa saya telah dihabiskan di atas jalan raya dengan menghantar anak-anak mengaji al-Quran, tuisyen, masuk kelab-kelab di sekolah sehingga saya tidak ada masa untuk ibu sendiri. "Sepanjang masa saya terlantar di hospital saya telah bermimpikan arwah bapa yang datang dengan muka yang sangat sedih tanpa sepatah kata. Arwah bapa seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Selama tujuh malam berturut-turut saya mengalami mimpi yang sama. Saya mula resah dan menjadi takut.








"Tertanya-tanya juga saya, apa yang ingin bapa sampaikan kepada saya? Serta merta saya teringat kepada ibu yang saya abaikan. Saya menangis semahu-mahunya. Mungkin ini petunjuk terhadap kealpaan saya menunaikan tanggungjawab sebagai anak."Berhari-hari saya termenung dan berfikir. Mungkin inilah petunjuk Allah kepada saya. Lalu teringat juga saya akan anak-anak yang memberi masalah kepada saya dan isteri. Adakah ini balasan Allah kepada saya kerana tidak menjaga ibu?








"Selepas keluar dari hospital saya nekad untuk berubah dan memohon ampun daripada ibu. Saya benar-benar insaf dan menyesal. Saya bertaubat. "Lalu saya bercakap dari hati ke hati dengan isteri dan anak-anak. Saya jelaskan satu persatu akan masalah yang menimpa kami. Saya meminta isteri dan anak-anak memberi kerjasama untuk membaiki keadaan hidup kami. Saya katakan kepada mereka ujian yang kami hadapi disebabkan sikap mereka yang mengabai dan menghina ibu saya.








"Syukur mereka menerimanya dengan baik. Kami menangis bersama-sama pada malam itu dalam suasana yang cukup syahdu. Ketika berpelukan saya, isteri dan anak-anak berjanji akan berubah dan mengutamakan ibu saya dalam segala hal. "Bermula saat itu saya bertekad memasukkan agenda menjenguk ibu dalam rutin harian saya. Kami memujuk ibu tinggal bersama. Isteri turut menyokong tindakan saya. Cara ini memudahkan ibu dijaga dengan baik terutama kesihatannya.








"Ibu akhirnya bersetuju. Tapi biasalah orang tua, bosan ditinggalkan seorang diri pada siang hari setelah kami semua keluar rumah."Mujur ada rumah ibu saudara yang boleh saya tumpangkan ibu. Kebetulan rumahnya dekat dengan surau yang aktif mengadakan ceramah agama serta kelas mengaji untuk orang-orang tua. Balik kerja sebelah petang, saya ambil ibu untuk dibawa pulang.








"Ketika ini barulah saya teringat, apa yang saya buat sama seperti saya menghantar anak ke nurseri pada siang hari dan mengambilnya selepas waktu kerja pada masa lalu.. "Lalu teringat saya, kalau saya boleh buat untuk anak, mengapa tidak boleh buat yang sama terhadap ibu. Mengingatkan ini hati saya menjadi sebak dan sayu apabila teringatkan apa yang telah saya buat kepada ibu sebelum ini.








"Saya bersyukur kerana cepat sedar dan diberi peluang kedua untuk menebus kesilapan besar yang telah saya lakukan dalam hidup ini. "Saya benar-benar malu pada ibu dan diri sendiri. Saya harap ibu ampunkan dosa saya. Semoga Allah menerima taubat saya dan membuka pintu hati saya untuk terus berbakti kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan. Kini saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk memenuhi tanggungjawab sebagai anak terhadap ibu.. Alhamdulillah...'' begitu Adi menutup kisahnya.








Kisah Adi besar iktibarnya kepada kita sebagai anak yang masih punya ibubapa. Hargailah mereka. Semoga anak-anak lain yang sedang atau telah mengabaikan ibu bapa mereka cepat insaf dan bertaubat. Ingatlah, syurga itu di telapak kaki ibu








Pssstttt.... Sama-sama kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang soleh dan solehah....




Ujian Dalam Sebuah Kehidupan

ya allah ya tuhanku
aku hamba yang hina..
sebegini ujian yg kuterima..
aku terima dgn hati yg terbuka..
walau hatiku terluka..
aku tetap mngukirkn snyuman untuk semua..
walau aku sendri tertanya2..
apa dosaku..apa salahku padanya..
ku terasa seperti tidak diendahkannya...
aku bersyukur kerana msih punya MU ya ALLAH..tuhan yg mncipta segala..

hati..
kenapa kau terlalu mudah dilukai..
knapa terlalu rapuh kekuatanmu yg diberikn oleh ilahi..
apa kau xpunya iman di hati..
atau mungkinkah kerana diri..
yang smemngnya perempuan punya emosi yang tinggi.

ya tuhan maha kekal di dunia ini..
KAU yang membolak balikkan hati ini..
KAU yg punya kuasa menghilangkn semua derita ini..
aku memohon untuk kebaikan diri sendiri..
jauhknlah aku dari rasa kecewa ini..
jauhkanlah aku dari seksa ini..
aku tau kau xkn mnguji diri ini.
jika kau rasa aku xtertanggung dengan ujian ini..
namun ku mohon untuk kali ini..
padamu yang maha mngasihi...
kautkanlah hati ini...
jauhknlah emosiku ini dari syaitan yang mahu menakluki hati ini..

boleh jadi kamu suka sesuatu sdgkn ia buruk bgimu dan blh jadi kamu membenci sesuatu sdgkn ia baik bgimu...


be strong!! believe in wateva happen...allah know u can handle it..u can stand for it..allah will always there for u..dont give up...never be a loser!!be stron

sebuah kehilangan....

"yg pergi takkan kembali lagi"
seyesly menitis air mata tatkala mengingat kisah ni..
tatkala semue org sdang bergembira...
aq sorg je yg mngenang dri yg sudh khlngn sahabt yg sngt aku syg..
di usia yg maseh muda die tlh pergi mgadap ilahi pde 13/2/2010 disebabkn kemalngan yg aq sendri xpnh jgke yg aq akn khilngn die bt slme-lmenye..
aq berdepan dengan sebuah kehilangan yg takkan datang kembali
bile hilang insan yg kita sayang
tak kira la same ade family atau insan-insan yg kita sayang
tak tau bagaimana rase nya
hanya aq insan yg penah rase kehilangan akan mengerti
tapi percaya la
ALLAH SEDANG MENGUJI KITA DAN DIA TAHU HAMBANYA KUAT UNTUK MENGHDAPI UJIAN DARINYA
apa pom aq dapat terima hakikat yg arwah da pergi menghadap ILAHI
dan tidak akan kembali lagi walaupn sukar bg aq.
memang susah nak terima
~kepada insan diluar sana~
hargailah insan yg kita sayang selagi die berada disisi kita
setialah dan jagalah hati nya
sesungguhnya kehilangan adalah amat pahit untuk diterima

sesuatu yang patut ku kongsi.....

Apabila cinta bersumpah yg sesuatu itu benar, lia percaya sungguhpun lia tahu ia berdusta..

frust dlm cinta..korang pernah melaluinya?? siapa yg pernah alaminya, pasti tau betapa ia perit. 'sakit yg paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas'.. benarkah? (jgn beritahu lia yg sakit apabila bersalin lebih perit atau seumpamanya..ini dalam scope cinta manusia)..

pernah lia terbaca bahawa PUTUS CINTA adalah bukti xde cinta sejati kecuali cinta yg diasaskan oleh cinta Allah. pelbagai alasan apabila si dia ingin memutuskan cinta..

common reasons:
1. hadirnya org ketiga
2. halangan dr org tua
3. jemu setelah sekian lama

ketika ni lupa lah semua sumpah setia, lafaz sehidup semati,& surat aku janji (mcm nak masuk U tuh). malah dia yg kita cintai seperti tidak pernah kita kenali. berlainan sungguh.

kita kecewa. menangis sana sini, sedaya upaya mencari punca, ilang semangat utk hidup & rase gulap gulita dunia ini. malah ada yg sanggup bunuh diri.. benarlah kata pujangga 'Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yg dicintainya' nauzubillah..
Apabila kita benar-benar sayang, dan amat menyintai seseorang, dalam diam, dalam tiba-tiba perpisahan berlaku. Kecewa dengan cinta, kekasih hambar, lenyap kemesraan… Malah, kadang tanpa dipinta, tanpa info, tanpa ruang atau sebarang perbincangan… bamm! HILANG!

Siapa kata kecewa cinta itu menyakitkan? Yes…betul…apabila kecewa, kita akan berduka, buat apa pun tak kena, yang hidup bagai tiada guna, sorak sorai bagai sunyi saja, malah letih dan kerinduan untuk bercinta…
TETAPI, cuba keluarkan diri anda seketika dari tubuh yang dikecewakan itu dan perhatikan kenikmatannya…

* Berjurai-jurai air mata yang jatuh dari mata…puas rasanya
* Rindu sehabis rindu yang tidak pernah orang lain dapat rasa dimana-mana
* Sakit hatinya tak terkata, bagai mahu meletup jantung
* Kegelisahan, keresahan, tercari-cari mana silapnya
* Menjerit, meraung sekuat hati dengan satu kekuatan yang tiada siapa boleh menghalang dan Seribu satu rasa lagi yang kita dapat alami…

teringat lia pd sebuah kisah, sesetengah ahli sufi melewati seorang lelaki yg sedang menangis di kubur, lalu dia bertanya tentang sbbnya.. jawap lelaki tadi, 'sesungguhnya kekasihku telah meninggal dunia.'.. ahli sufi tadi menjawap 'sebenarnya engkau telah menzalimi dirimu sendiri dgn mencintai kekasih yg mati. Jikalau engkau mencintai kekasih yg tidak akan mati nescaya engkau tidak akan tersiksa dgn perpisahan..'

sesungguhnya putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya malah satu permulaan yg baik jika ia ditangani dgn positif. memg pd mulanya terasa berat beban yg dipikul tetapi kita masih punyai Allah..semuanya dr Allah.

"ada sesuatu perkara yg kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kpd kamu. ada pula sesuatu perkara yg kamu benci tetapi ia membawa kebaikan kepada kamu. sedarlah, kamu tidak mengetahui, Allah-lah yg lebih mengetahui' (Al-Baqarah:216)

Bersedia! Pastikan korang cekal dan tabah menghadapinya. Kuatkan semangat, bersedia untuk dikecewakan. Apa yang korang perlu tanamkan dalam diri korang bahawa pertemuan, perpisahan, ajal dan maut, semuanya adalah di tangan Tuhan. Kita cuma berusaha, sekiranya korang kehilangannya, sekiranya korang gagal untuk memiliki si dia, INGAT, Dia bukan jodoh korang!
PASTI, Tuhan menyediakan yang lebih baik daripada itu kepadakorang. Percayalah! Di dalam mencari cinta, korang akan tempuhi… sakit hati, marah, kecewa, berduka dan …KECEWA! Jadi, korang tidak perlu risau kerana kekecewaan itu adalah biasa di dalam pencarian cinta.

Namun, jangan sesekali takut untuk bercinta. Sirami minda korang dengan ketenangan kerana semestinya di dalam pencarian cinta, korang akan bertemu saat penderitaan itu. Banyak-banyak bersabar dan laungkan, “AKU BERSEDIA MENGHADAPI PENDERITAAN CINTA!” …kerana sesungguhnya, penderitaan akan hadir sebelum cinta yang membahagiakan korang. Bersyukurlah dengan penderitaan itu kerana tidak lama lagi cinta akan menyusul.

Dari penglaman seorang rakan :
Saya adalah orang yang sangat setia. Jadi kesilapan saya adalah, jatuh cinta membuta tuli dan juga beranggapan yang pasangan saya juga setia seperti saya. Tetapi malang terus menimpa, berkali-kali pula pasangan saya berlaku curang! Saya terkena lagi dan kecewa…

Namun saya bertekad dan berazam bahawa saya tidak akan berputus asa mau pun mengalah dalam mencari cinta. Saya tidak pernah terfikir untuk terus berundur dari mencari cinta yang sejati malah, saya tambahkan lagi keinginan saya…. Dulu hanya mahu mencari cinta tetapi kini, saya mahu mencari cinta dengan seorang gadis yang beragama, cantik, berkulit putih cerah, tinggi lampai dan berpelajaran. Saya terus mencari cinta walaupun dikecewakan beberapa kali. Alhamdulillah…di dalam pencarian saya, akhirnya saya telah berjaya menemui cinta itu.

jadi kita sama2 berfikir sejenak....

sekian....wassalam.