Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 29 Januari 2012

Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya.
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia.
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”


Sabtu, 28 Januari 2012

Kenapa?

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?

Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat.
Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan dan ada orang yang tidak ingin kita tinggalkan...

Tapi ingatlah, melepaskan bukan bererti akhir dari dunia melainkan awal dari kehidupan yang baru...

Se0rang Wanita

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?

Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita sayap kiri bagi kaum lelaki.
Wanita berhati lembut.
Wanita kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu;

Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..

Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..


Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..
Sesungguhnya, tidaklah Allah menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Setiap ciptaan-Nya saling melengkapi. Kerana itulah kita memerlukan antara satu sama lain.

Hari nie besday mama n nenek kesayangan lia serta tarikh dimana atok lia sebelah abah yang lia panggil "tok ayah" telah kembali kerahmatullah. hanya doa yang lia hadiahkan pada "tok ayah" iaitu bapa kepada abah lia.pengorbanan 2 orang insan yang lia sayang iaitu mama & nenek tidak dapat
lia balas melalui wang ringgit tapi lia hanya dapat hadiahkan sebiji kek sebagai tanda kasih sayang lia terhadap mereka. Dibawah lia kongsikan beberapa keping gambar...
kek besday nenek 
baju biru tu nenda......

nenda potong kek
tu arwah atok

tu saje lia dapat kongsikan :)

Rabu, 25 Januari 2012

Selasa, 24 Januari 2012

Pembunuhan kejam warga emas (rakan karib nenek dan merangkap jiran sy)

seorang warga emas atau lebih dikenali sebagai "Mak cik Jah" ditemui mati dibunuh dengan kejam
dirumahnya di Perumahan Wakaf Tengah, k.trg. Arwah yang telah kematian suami 3thun yang lalu ditemui maut dengan lehernya di jerut... difahamkan arwah tinggal seorang diri dirumah peninggalan
arwah suaminya. disebabkan anak-anak arwah sudah berumahtangga ,arwah lebih senang duduk di rumah sendiri. arwah yang saya kenal seorang yang baik, bercakap lemah lembut,suka senyum dan tidak menyusahkan orang lain.selama mengenali arwah kerana dia rakan arib nenek yang paling rapat,arwah sering menceritakan kesedihan dia akibat anak-anaknya tidak mengambil tahu kehidupannya.hanya anak perempuan yg telah berkeluarga sahaja mengambil berat tapi apa kan daya, anaknya yang perempuan tinggal di johor.
sudah puas dipujuk agar tinggal bersama anaknya yang perempuan tapi arwah berkeras untuk tinggal seorang diri dirumah.
Saban hari arwah menjalani kehidupannya tanpa mengharapkan bantuan dari anak lelakinya yang sulung.
Lia tahu betapa terlukanya hati seorang ibu apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tidak mempedulikannya.sedangkan seorang ibu boleh menjaga ramai anak tapi kenapa ibu seorang,anak-anak tak boleh jaga?lupa kah anda semua pada pengorbanan ibu,lupakah pada kasih sayang yang dia berikan? atau lupakah atas kesusahan dia membesarkan anda? kejamnya anda!!!
orang yang bukan darah daging arwah sentiasa mengambil berat tahap kesihatan arwah dan sebagainya..
Ya Allah ,besarnya kesalahan anda pada ibu anda semasa dia masih hidup....... setiap titis airmata mengalir melambangkan anda anak derhaka! ya allah, sedarlah.. sampai akhir hayatnya tidak sedikit pon anda curahkan kasih sayang padanya. walaupun anda telah melakukan ibadat banyak sekalipun, belum tentu ibadat anda diterima sebab 'syurga terletak dikaki ibu"... anak yang derhaka belum tentu bau syurga apatah lagi jejak ke dalam syurga...

Tanggal 22-1-2012
pada pukul 7.30,seorang saudara lia telah membawa khabar yang kami sekeluarga tak sangka-sangka bahawa arwah Mak Cik Jah telah meninggal dunia dalam keadaan yang sungguh ngeri....
lehernya dijerut..kepala keluar darah..ya allah,dasyat nya kematian arwah, kejamnya kamo wahai pembunuh!
tanpa belas ehsan kamo membunuh seorang warga emas yang tidak berdosa... lia sekeluarga pergi ke rumah arwah tetapi tidak dibenarkan masuk kerana unit forensik tengah menyiasat kes tersebut dan mengumpul bukti.
pukul 10pm,pihak p0lis telah membawa arwah ke unit forensik di Hospital Sultanah nur zahirah k.trg untuk dibedah siasat. Selepas dibedah siasat,pihak keluarga arwah iaitu anak sulung arwah menyuruh pihak hospital memandikan dan mengapan arwah...selepas siap kesemuanya pada pukul 3 pagi,pihak polis membawa jenazah arwah pulang ke rumahnya untuk seketika kerana menunggu ketibaan anak perempuan arwah.selepas membuat penghormat terakhir untuk ibunya. pada pukul 4pagi, arwah dibawa ke tanah perkuburan dan disemandikan disana disisi suami tercinta.
Selepas itu, Lia mendengar khabar bahawa anak lelaki arwah menutup kes pembunuhan tersebut. lia cuba mendapat kepastian tetapi hampa. lia tertanya kenapa mesti tutup kes tersebut?? tak nak tahu ke sapa pembunuhnya? semua tu masih menjadi tanda tanya kami sekeluarga.
Lia doakan semoga arwah tenang disana

Isnin, 23 Januari 2012

Hilangnya sebutir permata yg amat berharga dlm industri seni

Penyanyi Izwan Pilus (24 Nov 1979 - 20 Jan 2012) telah meninggal dunia pada jam 6:15 petang.Izwan Pilus adalah abang kepada Aril AF yang amat popular suatu ketika dulu dengan lagu Kembali Senyum. Rakan artis dan media serta peminat masih terkejut dengan pemergian secara tiba-tiba ini.Beliau dijangkiti demam kuning dan akibat jangkitan kencing tikus serta kuman dalam darah yang serius.



Sebenarnya kita sebelum ini jarang mendengar jangkitan sebegitu kerana ia jarang berlaku.
Tetapi hakikatnya, Lia difahamkan yang ia bukanlah asing kepada penduduk negara ini.
Jadi kita semua harus berhati-hati dan mengambil langkah yg berjaga-jaga dalam kes nie....
Dibawah,Lia masukkan beberapa gambar arwah semasa sihat..semoga dengan beberapa keping gambar arwah dapat mengurangkan rindu kita padanya...
sama-samalah kita panjatkan doa agar arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan tenang disana..
AL-FATIHAH
 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَالرَّحْمـنِ الرَّحِيمِمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِإِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُاهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَصِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَالضَّالِّينَ 

AMIN YARABBAL ALAMIN