Jumlah Paparan Halaman

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 26 Julai 2011

SaHaBaT KU : PuTrA PeRgi Buat selama-lamanya

Al-Fatihah, Shahril Putra Bin Sarwani
08 januari 1990 - 13 Feb 2010
1hari di HsNz (ICU)

Setelah 5 jam bertarung nyawa, melawan segala dugaan yang mendatang.. akhirnya Putra menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.30 pm. Ternyata Allah SWT lebih sayangkan Putra, kini dia pergi buat selamanya. Sepanjang tempoh 4 tahun mengenalinya, banyak yang telah kami kongsikan bersama.. suka duka, gelak tawa semuanya tiada lagi. Apa yang tersisa kini cumalah memori bersama.

Banyak persamaan antara Lia dan Putra yang membolehkan kami akrab sentiasa. Kami berdua anak sulong, saiz kasut yang sama, citarasa juga hampir serupa. putra da xde. Terasa benar kehilangan,lia dengan dia mmg xbleh berpisah.. tpi ajal maut semua ditangan tuhan..dia meninggal akibat kemalangan jalan raya dan yang membuat lia xboleh lupe dan terkejut...hati dia hancur smsa kemalangan tersebut.kalau tengok keadaan fizikal arwah semasa jenazahnya dibawa pulang,tiada cacat celanya...lia bagai hilang satu nyawa,satu hati,satu semangat yang slalu memberi lia dorongan...untuk pengetahuan semua..smpai skrang lia msh bersedih atas pemergiannya dan lia xp0n menjejak kaki di pusaranya..mesti rakan2 tertanya2? sebenarnya lia xboleh terima hakikat kehilangan dia...dia juga seor sahabat yg sukar utk dcri gnti.... smga rohnya dtmptkn dklngn org yg beriman...

kEcUrAnGaN

Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.
Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.

Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.
Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.
JANGAN BERSEDIH…
REMEMBER THAT, YOU DESERVE BETTER!!!

Isnin, 25 Julai 2011

C!nTA tU mMg Sak!t

“LOVE comes with a dark package. Along with it comes jealousy, fear, sorrow, anger, hatred, and grudge..which, from all these, comes PAIN” – Isaac Hackiyev
- CINTA datang bersama satu pakej yang gelap. Dengannya datanglah cemburu, kebimbangan, kesedihan, kemarahan, kebencian, dan dendam..yang semua ini mendatangkan SAKIT HATI. (payah aku nak terjemah secara harfiyyah)
Aku tak peduli sangat siapa Isaac Hackiyev, tapi memang jelas apa yang disebutkannya itu merujuk kepada CINTA SESAMA MANUSIA.

1.CEMBURU
Ya, bila ada rasa cinta pada seseorang, pasti akan terbit perasaan cemburu. Cemburu apabila si dia memberi perhatian yang lebih kepada orang lain..cemburu apabila si dia menunjukkan rasa suka atau tertarik kepada orang lain.
Cinta pada Allah pasti tidak akan menerbitkan perasaan cemburu..kerana kita sedar diri kita hanyalah HAMBA kepada PEMILIK ALAM SEMESTA.

2.KEBIMBANGAN
Kita bimbang setiap kali si dia berjauhan. Bimbangkan keselamatannya, bimbangkan kesukaran yang dihadapi si dia. Bimbang apabila si dia ditimpa masalah. Bimbang ditinggalkan oleh si dia. Bimbang kehilangan si dia. Bimbangkan segala-galanya!
Cinta pada Allah, tiada apa yang perlu kita bimbangkan. Kerana kita tahu DIA bersifat yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang. Dan tiada apa pun yang mampu buat kita kehilangan Allah Yang Maha Perkasa.

3.KESEDIHAN
Sedih apabila si dia dilanda musibah. Sedih apabila dia jatuh sakit. Dan sedih apabila si dia pergi meninggalkan kita buat satu tempoh yang lama, ataupun selama-lamanya. Ah, si dia bercakap dengan nada suara yang tinggi pun dah boleh buat kita rasa sedih.
Cinta pada Allah: “Janganlah kamu takut, dan janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”

4.KEMARAHAN
Kita marah apabila si dia disakiti orang lain. Kita marah apabila si dia digoda oleh orang lain. Kita pasti akan merasa teramat marah jika si dia dicerobohi (dicabul, dirogol, dianiaya) oleh orang lain.
Dengan cinta pada Allah, kita hanya wajib marah apabila agamaNya dihina. Selain dari hal itu, Islam menyuruh kita mengawal perasaan marah. Kerana marah yang keterlaluan membuka pintu di hati kita untuk Syaitan.

5.KEBENCIAN
Ah, pasti kita akan terasa benci kepada apa saja yang menyakiti orang yang kita cintai. Kemarahan mudah sahaja berubah menjadi kebencian. Kita juga mungkin akan membenci apa saja yang membuatkan diri kita kurang dicintai oleh si dia.
Cinta pada Allah: Kita hanya disuruh untuk benci pada kemungkaran. Bukan setakat benci tetapi mengubahnya menggunakan lisan ataupun tindakan sekiranya mampu.

6.DENDAM
Ya..Benci boleh bertukar menjadi dendam. Apabila kebencian terlalu memuncak, dendam akan muncul. Dendam ertinya mengharapkan kemusnahan kepada seseorang (ataupun sesuatu).
Cinta pada Allah: tiada dendam. Allah menyuruh kita memiliki sikap memaafkan. Allah sendiri bersifat Maha Pengampun…’Tawwaba’..ertinya pantang ada orang minta maaf, pasti dimaafkan olehNya. Ya, kecuali jika melakukan syirik.

7.SAKIT HATI
Hmm..Bila dah ada perasaan yang banyak-banyak tadi; cemburu buta, kebimbangan yang melampau, kesedihan yang keterlaluan, kemarahan yang meluap-luap, kebencian yang mendalam, dan dendam yang memakan diri….pasti akhirnya HATI kita yang SAKIT.
Maka akhirnya cinta tidak lagi membahagiakan, tetapi bertukar menjadi sesuatu yang amat menyakitkan. Berbaloikah lagi CINTA?
Maka, jika anda ingin menyintai seorang manusia, maka bersedialah..untuk memikul kesemua emosi yang bakal datang bersamanya.
Haa..dah takut? Tak perlulah anda takut pula..Cinta sesama manusia itu bukanlah sesuatu yang buruk, atau perkara yang dilarang. Hanya pastikan, jangan sampai cinta anda pada seseorang melebihi cinta anda pada ALLAH.
Dengan begini, anda tahu bahawa Dialah tempat mengadu yang sebenar-benarnya…tempat mencurahkan kasih yang paling utama. Yang anda tahu, CINTA anda pasti tidak akan dipersia-siakan olehNya. Kemudian barulah boleh cinta pada manusia.
Ya..tak salah untuk menikmati cinta sesama manusia…tetapi cinta ni pun macam makanan juga…hanya yang HALAL saja dibenarkan. Ah, sudah pasti apabila anda ikhlas memilih cinta Allah, anda dengan sendirinya akan cuba untukmenjauhi yang haram. Dengan cara ini saja kita boleh terselamat daripada SAKIT HATI.
Maka, kesimpulannya…cinta yang HALAL itu berkat, cinta yang HARAM itu mendatangkan mudarat. Yang berkat mendatangkan manfaat dan ketenangan, yang mudarat tu akan mengakibatkan kegelisahan dan dukacita yang berkekalan.

SeBuAh KeMaTiAn

Kematian satu kepastian yang datangnya tanpa diundang dan perginya ditangisi. Hari ini kematian menjemputmu tanpa diketahui olehmu. Alangkah bahagiannya dirimu tatkala Sang Maut yang menantimu di Persimpangan Jalan itu melihat wajahmu dengan tenang kerana pulang dari Jalan Ibadah. Manakala sebaliknya amat malanglah dirimu jika pemergianmu diiringi dosa dan maksiat yang tidak bertaubat. Kematian ini satu nikmat dan jugak satu azab. Jika hidupmu dihiasi dengan amalan soleh maka nikmatilah kematian yang datang tetapi sebaliknya hayatmu penuh dengan kepalsuan maka bersedialah dirimu dengan azab yang pedih. Sewaktu di dunia,dirimu dikenali dengan ketinggian akhlak dan peribadimu. Semua orang mengenalimu dan menghormatimu kerana hebatnya hubunganmu dengan AllahSWT.

Maka di waktu ini,kematian bagimu adalah satu kebahagiaan. Hanya di pandangan zahir dirimu dibasahi darah kemalangan,namun rohmu terbang keriangan menanti janji Tuhan yang Maha Kaya. Sesungguhnya di dunia ini telahpun dirimu penat dengan perjuangan menegakkan Agama AllahSWT maka di saat ini kematianmu satu kerehatan yang abadi buatmu. Kami tangisi kematianmu,kami meronta-ronta menahan ketentuan taqdir kerana belum bersedia menerima pemergianmu. Namun,hanya Allah yang tahu betapa indah dan nikmatnya kematianmu di waktu ini. Kami berbangga dengan kematianmu yang memperjuangkan Agama dan Syariat Tuhanmu,kami gembira dengan sahabat-sahabatmu yang datang menziarahi kematianmu. Inilah balasan bautmu di dunia ini. Kami pasti selepas tiga langkah yang kami dari kubur setelah meniggalkanmu nanti,nikmat Allah terpancar buatmu.

Soalnya,dirimu sudah jelas bagaimana hubunganmu dengan Tuhanmu. Semua manusia bersaksikan ketinggian dan kemurnian akhlakmu. Tetapi kami yang belum pasti ini bagaimana? Kami masih selesa dengan dosa. Kami sudah biasa melambat-lambatkan solat, kami sudah lali dengan mendedahkan aurat dan pendek kata maksiat ini sudah sebati di dalam hidup kami. Bagaimana dengan kami? Kami masih sibuk dengan kelalaian dantipu daya dunia. Inilah persoalan-persoalan yang menerjah di kotak fikiranku tatkala melihat jasadmu terbujur di Rumah Mayat. Bila dilihat wajahmu yang berseri-seri menanti nikmat Allah di Alam Baru sana. Alangkah besarnya kehilanganmu pada pandangan sahabat dan masyarakat seperjuangan dalam Gerakan Islam khususnya kerana jasa dan perngorbanamu sukar dicari ganti.

Hakikatnya kematian suatu persimpangan daripada persimpangan yang bahagia atau sebaliknya. Kematian yang datang menjemputmu itu satu rahmat yang tinggi mulianya kerana kepulangan dari Medan Dakwah dan Perjuangan Islam. Sudah pasti Allah yang Maha Mengetahui sudah menyediakan tempat dan balasan yang setimpal dengan amal kebajikanmu. Jadi berbahagialah dirimu di Alam Barzakh sana. Dirimu mendahului kami dan kami bakal menyusul esok lusa dan hari-hari akan datang. Jika rohmu dilayan bidadari Tuhanmu dengan kemesraan maka kami jugak menginginkan hal demikian. Kami takmau jika roh kami disambut dengan ular-ulatr yang berbisa,kalajengking yang ganas dan api yang menyakitkan. Kami tak mampu menahannya dengan tubuh kami yang kerdil dan kulit yang nipis ini.

Sememangnya ini satu balasan Allah terhadap dosa meniggalkan solat kami,dosa zina kami,dosa mendedahkan aurat kami dan segala macam maksiat yang kami lakukan. Sekiranya di waktu hayatmu kami ada buat perkara yang menggembirakanmu maka jangan lupa di akhirat nanti mintalah pada Allah untuk memberi syafaat kepada kami. Mudah-mudahan kami terlepas dari siksa api neraka Allah. Kerana sesugguhnya dirimu sangat mulia disisi Allah Taa'la. Janganlah lupakan kami ini. Janganlah lupakan ibumu,bapamu dan keluargamu yang tersayang di akhirat kelak. Hari ini seluruh manusia mengenangkan pemergianmu yang sangat bermakna pada Agama dan Jemaah. Moga rohmu dicucuri rahmat AllahSWT. JADIKANLAH KEMATIANMU INI SATU KEREHATAN BUATMU. Moga kita dipertemukan di akhirat nanti insyaAllah.


Selasa, 19 Julai 2011

FrUsT dAlAm PuTuS cInTa

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang."Aneh sekali derita sakit putus cinta ini... benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:

"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."
Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri.
Benarlah kata orang: "Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."

Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang 'frust' dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani 'memperkosa' kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.


Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain.

 
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.

**bunuh diri bukan la jalan penyelesaiannya..sebaliknya amalkan la doa ini Ya Allah Ya Tuhanku,andainya dia tu baik untuk aku,demi duniaku dan akhiratku, maka mudahkanlah percintaan kami dan jodohkanlah kami berdua, andainya dia itu tidak baik untuk aku, demi duniaku dan akhiratku, maka engkau patahkanlah hatiku terhadapnya dan pisahkanlah kami berdua dengan cara yang baik
 

Isnin, 18 Julai 2011

Bila Hati Dilukai....


Bila hati dilukai…

Pedihnya memang terasa. Bergantung pada tahap apa dan bagaimana hati itu dilukai. Ada yang parah, ada yang sekadar tercalar. Ada yang mampu menghadapi dan merawatnya, baik cepat atau lambat.
Dan ada juga yang tidak dapat mengawal parahnya hingga nekad untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan. Ada yang sanggup untuk terus mengunci mati hati itu agar tiada lagi rasa cinta pada sama ada orang yang melukai atau barangkali cinta yang baru hadir.
Bila hati dilukai…
Kadang-kadang ianya merupakan guru yang paling berharga buat kita. Yang dapat mengajar kita erti kasih dan sayang. Dan adakalanya ia satu rahmat untuk kita memperbaiki diri dan lebih tabah menghadapi dugaan.
Bila hati dilukai…
Hanya diri sendiri yang mampu merawatnya. Tidak mungkin orang lain dapat mengubatinya jika kita sendiri tidak ingin diubati. Jika adanya penyelesaian, jika adanya jalan pilihan…berusahalah merawat hati yang telah dilukai itu. Jangan biarkan ia terus parah kerana itu bukan pilhan terbaik.

Selasa, 7 Jun 2011

Selamat Hari Bapa.... "No One Can Replace My Dad"

Bulan lepas kita telah meraikan Hari Ibu dan pada hari ini pula tiba giliran kita meraikan golongan bapa pula. Walaupun begitu sambutan Hari Bapa ini agak kurang sedikit hangatnya berbanding dengan Hari Ibu dulu. Tidak mengapalah asalkan kita tidak lupa jasa dan pengorbanan ibubapa kita. Mungkin dengan sekadar ucapan ringkas pada hari ini dapat mengukir senyuman di bibir bapa kita. Lia nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua Ayah, Papa, Daddy, Walid, Abah dan Baba.Banyak pengorbanan yang Ayah kita telah lakukan pada kita

Salah satu sebab mengapa anak-anak kurang rapat dengan bapa mungkin kerana cara didikan di peringkat awal. Biasanya bapa digambarkan sebagai satu simbol kuasa dan hakim dalam menjatuhkan hukuman. Misalnya kita biasa dengar ungkapan, "Nanti emak beritahu ayah", "Tunggula... bila bapak kau balik nanti", "Biar.... nanti ayah marah baru tahu" dan seumpamanya. Ini menyebabkan seorang ayah itu dilihat secara negatif. Pada keadaan tertentu seorang anak mungkin mendendami ayahnya.

Seorang bapa itu patut dihormati bukan ditakuti dan sebagai anak kita patut menerima bapa kita seadanya. Dia juga seorang manusia yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.


Ucapan kasih & Hormat buat Bapa saya iaitu Encik Anuar Bin Che Awang sempena sambutan Hari Bapa yang akan menjelang nanti.

Jasa Dan Pengorbanan mu tetap Lia Kenang Hingga Akhir Hayat....

Sebuah nukilan untuk ABAH :

Abah,
Setiap titis peluhmu untuk mencari nafkah kepadaku
adalah pengorbanan yang tidak ternilai...
Aku tahu kau terlalu penat
Aku tahu kau terlalu letih mencari nafkah untuk membesarkan ku
penat lelahmu kernaku,akan ku kenang sampai mati,
jasamu tidak terbilang,ketabahanmu aku kagumi...
saban malam aku berdoa agar dikurangkan beban ke atasmu
aku tahu terlalu banyak pengorbananmu
aku tahiu perit perjalanan hidupmu
aku tahu allah mendengar doaku
aku yakin suatu hari nanti akan jatuh titisan kebahagiaan padamu..